Si comel & encem

Cerpens : Doa

Nafas berat di hela. Cermin mata di buka, tangan perlahan-lahan mengurut pangkal hidung. Letih. Jam meja dikerling sekilas. Hampir 2 pagi.

           Allah. Entah berapa lama dia berteleku di meja belajar ini. Buku- buku yang berselerakan di susun seelok mungkin. Cukuplah untuk bekalan exam esok. Ye, esok hari peperiksaan. Dan dia masih belum tidur. Harapnya otak tak jammed je waktu peperiksaan berlangsung esok.

            Tuala di capai lantas dia berlalu ke tandas untuk mengambil wudhu'. Sampai ke bilik, sejadah di bentang, telekung di capai. Penampilan di rapikan agar aurat kemas tertutup. Takbir di angkat.

     AllahuAkbar !

             Usai solat, tangan di tadah . Doa dipanjatkan buat kedua orang tua yang jauh di mata. Juga buat diri yang sedang menghadapi final di bumi jelapang padi ini.

              " Ya Allah, cekalkan hati ni untuk menghadapi hari hari terakhir di negeri ini sebelum kembali ke negeri asal ku. Kekalkan motivasi diriku untuk buat yang terbaik dalam peperiksaan kali ini. Kau lapangkanlah kegusaran hati ni. Sampaikan rindu ni pada si dia . Doa ku, moga dia di sana sentiasa dalam lindunganMu. Permudahkan urusan hariannya. Amin. "

           Tangan di raup ke muka. Terasa hangat pipi dek titisan air mata. Sebu rasa hati menahan rindu. Telekung di lipat rapi sebelum melangkah ke arah katil.

            Pusing kiri. Pusing kanan. Haishhh.. ngatuk tapi tak boleh tidur. Di pejam mata, pura pura tidur. Tak menjadi. Otak seakan masih ligat berfungsi.

            Alunan music menyentak lamunan. Smartphone di penjuru katil di capai. Melihat nama pemanggil sahaja sudah cukup mengukir senyuman di bibir.

           " Assalamualaikum awak.. "

           Suara yang dia rindu. Pantas saja salam di jawab dan seterusnya saling bertukar khabar. Mata yang letih menghadap nota terasa segar dek hanya kerana satu panggilan sahaja.

            Bila dua hati saling merindu, salurkan melalui doa. Biar tak bertemu, namun doa menghubungkan. biar Allah yang sampaikan rasa kasih itu.

       * Sayang dalam diam ,Doa dalam diam *

No comments: