Si comel & encem

Melepaskan

Cc : Telegram Usrah Santai

Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi.

Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita.

Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang.

Menyayangi tidak semestinya memiliki. Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung”

Ya, menyayangi tidak semestinya memiliki.

Dulu, saat hati sedang berperang dengan perasaan, seringkali saya pertikaikan.

Kenapa nak lepaskan kalau memang kita dah sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa. Kenapa kita nak biarkan dia pergi ?

Tapi hari-hari yang berlalu buat saya makin faham kenapa semuanya berlaku.

Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia ? Kenapa nak terus biarkan kebahagiaan dia terkubur mati?

Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu.

Tak semua orang mampuikhlaskan hati.

Kita cakap “Bila dia bahagia, kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita.”

Kalau ikhlas, kenapa masih menangis?

Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia? Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia? Hanya kerana satu sebab.

Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha.

“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”

“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”

Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya.

 

Kenapa takut untuk ikhlaskan perpisahan itu?

Kenapa takut untuk redha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allah. Janji Allah itu pasti (:

Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun-tahun.

Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku.

Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan. Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.

Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya.

Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia. Terluka.

Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.

Tapi sampai bila?

Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu.

Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu. Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.

“Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”

 

Jika terus hidup bersama kenangan, memang mustahil untuk kita lupakan dia.

Move on. Ubah cara hidup kita.

Kalau selama ni kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah.

Luahkan segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita.

Sampaikan segala isi hati kita yang tak mampu kita luahkan pada orang lain. Allah tak pernah tinggalkan kita.

Hanya kita yang alpa dan terleka.

“Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirinkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.

Dalam hadith kudsi Allah berfirman;

Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”

 

Manusia akan pergi tinggalkan kita juga walaupun sejuta janji manis yang dia berikan.

Walaupun segunung harapan yang dia berikan.

Tapi Allah tak pernah begitu. Allah sentiasa ada untuk hambanya.

“Siapapun yang kamu cintai kelak akan berpisah denganmu. Cintai Allah SWT, yang tidak pernah meninggalkanmu.”

“Sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar. Ingatlah Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita. Dia tunggu. Dia rindu.”

 

Cerpens : Doa

Nafas berat di hela. Cermin mata di buka, tangan perlahan-lahan mengurut pangkal hidung. Letih. Jam meja dikerling sekilas. Hampir 2 pagi.

           Allah. Entah berapa lama dia berteleku di meja belajar ini. Buku- buku yang berselerakan di susun seelok mungkin. Cukuplah untuk bekalan exam esok. Ye, esok hari peperiksaan. Dan dia masih belum tidur. Harapnya otak tak jammed je waktu peperiksaan berlangsung esok.

            Tuala di capai lantas dia berlalu ke tandas untuk mengambil wudhu'. Sampai ke bilik, sejadah di bentang, telekung di capai. Penampilan di rapikan agar aurat kemas tertutup. Takbir di angkat.

     AllahuAkbar !

             Usai solat, tangan di tadah . Doa dipanjatkan buat kedua orang tua yang jauh di mata. Juga buat diri yang sedang menghadapi final di bumi jelapang padi ini.

              " Ya Allah, cekalkan hati ni untuk menghadapi hari hari terakhir di negeri ini sebelum kembali ke negeri asal ku. Kekalkan motivasi diriku untuk buat yang terbaik dalam peperiksaan kali ini. Kau lapangkanlah kegusaran hati ni. Sampaikan rindu ni pada si dia . Doa ku, moga dia di sana sentiasa dalam lindunganMu. Permudahkan urusan hariannya. Amin. "

           Tangan di raup ke muka. Terasa hangat pipi dek titisan air mata. Sebu rasa hati menahan rindu. Telekung di lipat rapi sebelum melangkah ke arah katil.

            Pusing kiri. Pusing kanan. Haishhh.. ngatuk tapi tak boleh tidur. Di pejam mata, pura pura tidur. Tak menjadi. Otak seakan masih ligat berfungsi.

            Alunan music menyentak lamunan. Smartphone di penjuru katil di capai. Melihat nama pemanggil sahaja sudah cukup mengukir senyuman di bibir.

           " Assalamualaikum awak.. "

           Suara yang dia rindu. Pantas saja salam di jawab dan seterusnya saling bertukar khabar. Mata yang letih menghadap nota terasa segar dek hanya kerana satu panggilan sahaja.

            Bila dua hati saling merindu, salurkan melalui doa. Biar tak bertemu, namun doa menghubungkan. biar Allah yang sampaikan rasa kasih itu.

       * Sayang dalam diam ,Doa dalam diam *

Cerpens : Pergi

               " Jaga diri. "
               " Will do. "

          Talian di matikan. Mata masih merenung smartphone di tangan. ' perbualan' ringkas sebentar tadi kembali terngiang-ngiang di hujung telinga. Terbayang raut wajah si pemanggil. Kaku. Beku. Expressionless. Duhh..air muka kosong.

            " hoi.. termenung! " suara sergahan berserta senggolan di bahu menyentak tuan diri ke alam nyata. Bahu yang terasa sengal di usap perlahan.

             " mana ada. Berfikir je.."balasku acuh tak acuh. Pandangan kembali di lontar ke sekeliling, memerhati gelagat dan ragam lautan manusia di KLIA  ini.

             " elehh..ye la tuu..dia call ke?"

              Cawan yang berisi Cappuccino di sambut dengan ucapan terima kasih. Kepulan asap kecil yang terbit dari permukaan cawan di tiup perlahan- lahan. Hanan melabuhkan duduk di sebelah.

            " ha'ah tadi..ade la pesanan ringkas sikit. "

            " berapa ringkas 'sikit' tu? " soalnya lagi.

            " as in , jaga diri .." balasku bernada soalan. Hanan tepuk dahi. Aku hanya mampu tersenyun sumbing melihat aksinya.

             " ya Allah. Dia call just to say ' Jaga diri' , tu je? That's it? Takde ke ' gonna miss you baby ' . ' saya akan rindu awak' ke? " soal Hanan bertalu talu, bagai tidak percaya dengan apa yang di dengari nya. Aku tersenyum sumbing.

              " like you don't know him. He's your twin, for the matter of facts . Macam tu je la. That's just....him." kami tergelak kecil.

               " right. Almost lupa that he's my twin. Haishhh..the copycat of robot with zero emotion. Ish..dah lah last minute cancel nak datang hantar kau pergi ni.. " Hanan selamba mengutuk . Tergeleng kecil mengenang fakta yang satu itu.

              Minda bawah sedar mula membayangkan figura insan yang menjadi bahan perbualan mereka. Pemuda tegap tinggi lampai , berkulit sawo matang , air muka yang tenang. Tu masalahnya, sentiasa tenang. Terlalu tenang. Sehingga tidak terbaca emosi dan pemikiran si pemilik tubuh. Zero emotions. Nay. Nada. Nothing.

              " yepp..that my dear, is Fakih Haikal. Your twin. " sindirku.

              " ahh , your fiancé ek Cik Naura " balas Hanan. Spoil mood. Lupa pulak that copycat of robot tu tunang sendiri. Haiilaa....

                  --------------

Panggilan pertama penerbangan ke Osaka membantutkan lamunan. Bingkas aku bangun membetulkan baju dan menggalas beg. Hanan di sebelah hanya memerhati.

            " sempat lagi weyh kalau kau tukar fikiran.." luah Hanan perlahan. Hampir sahaja tidak kedengaran dek riuhnya suasana sekeliling. Aku berdiri tegak di hadapannya. Senyuman kecil diukir buat sang sahabat merangkap bakal adik ipar.

            " Kalau dia ada kat sini sekarang, mungkin aku akan tukar fikiran. But no, he's not here. Dua tahun je weyh..habis je Master, aku terus balik Malaysia. Don't worry, okay." Hanan aku tarik ke dalam dakapan.

             " janji kau jage diri elok2. Jangan skip meals. Makan ubat kalau sakit. Pilih kawan elok2. And do promise me one thing,  Naura ? "
Pelukan di rungkai.

              " janji apa ? " soalku aneh.

              " balik semula ke Malaysia. apa pun jadi, do come home, okay? " serious wajah Hanan tatkala merungkai kata. Aku tersenyum nipis.

               " Jangan risau, Hanan. Sampai masanya, aku akan balik.. "

                 Usai berpelukan buat kali terakhir, aku melangkah ke balai berlepas dengan azam yang baru. Lambaian Hanan aku balas dengan hati yang sayu. Pantas tubuh ku pusing membelakangkannya. Air mata yang bertakung di tubir mata aku seka perlahan. 'Kau kena kuat, Naura ! ' bisik kata hati.

                 Hati kecil bagai ditarik-tarik untuk menoleh sekali lagi. Bagai ada magnet yang menggerakkan tubuh untuk berpusing.

                 Ya Allah, it's him !

                  Membuntang mataku melihatkan susuk tubuh yang amat aku kenali. Di satu sudut yang agak tersorok dari pandangan mata ramai. Tipu kalau kata perasaan gembira tu tak ada. He's here. Tapi jauh. Hanya mampu memandang satu sama lain. Wajahnya sayu, sesuatu yang baru untuk aku lihat hari ini. Entah bagaimana pula mimik wajahku.

                    Hanan yang mengekori arah mata ku juga seakan terpaku dengan kehadiran abang kembarnya.

                Perasaan bercanpur baur. Hati berdolak dalik. Ya Allah, tetapkanlah hati ku ini!

                 Nafas di tarik perlahan, meredakan kegusaran hati. Senyuman manis ku ukir untuk si dia sebelum berpaling ke hadapan. Langkah kaki ku atur kemas , menuju sebuah permulaan hidup yang baru.

6 ft underground

Salam alayk dear ,

           Have u look at the picture attached to this post? Kalau tak gi tengok dulu.hiks.

            Hari tu tengah sidai baju while listening to a qassidah shared by my dearie sister , Qad Qaffani Ilmu Rabbi by Hafiz Hamidun . It was a lovely day, bright sunny day macam biase. Then entah kenapa tergerak hati nak dongak an, since I heard burung berkicauan. Takut lah gak kita dah penat penat nyidai, dia buat toot toot plak kat baju kat ampaian . ( it happened once ok ! )

            What I saw is exactly ape yang ade dalam gamba tu. I was just thinking,  more like terdetik lah. What a nice day today. ( Alhamdulillah !)  And I'm still finely breathing while someone on the other side of this world is taking their last breath. ( again Alhamdulillah , thanks to Allah for the blessing He gave to me ) . I could watch the clouds moving , the sun shining , the very finely creature created by Him  while someone on the other side of this world is taking his last sight. ( Alhamdulillah for the blessing )

              I don't know. Mase scrolling down photo tu semua ( I took a lot even almost similar pun each pictures tu ) tetiba terpikir la.. is this how it looks like..pemandangan 6 feet underground ? You know, bila jasad di turun kan keliang lahad perlahan lahan..is that what it's look alike? Nampak langit lazuardi..sahabat handai, kaum kerabat mengelilingi pusara. Some might cry. Some may not. Hopefully doa2 terbaik dititipkan kepada kita. Allah, tetiba rase sebak kat dada.

               sebab ajal tu tak mengira usia dan pangkat. Bila tiba masanya, kita akan kembali kepada Sang Pencipta. Tak terlewat mahupun terawal hatta sesaat pun. moga kepulangan kita kita ini adalah kepulangan yang dinantikan para malaikat dengan amalan yang mencukupi sebagai bekalan.

                Hmm..lately Ibu dengan Ayah dah bunyi bunyi pasal jodoh dan perkahwinan. In nature kot sebab diorang pun kahwin usia muda. Even tahun ni je 4 of my cousins yang akan bina masjid , InshaaAllah , moga urusan mereka di permudahkan. The one yang paling rapat umur dengan diri ni pun dah selamat ikat tali pertunangan awal tahun ni. Hiks. Tahniah Abang Awin.

               Err..melalut lak. The point is, I don't know which one comes first. Jodoh dengan ajal atau jodoh sesama insan ? kalau jodoh dengan insan, ready dah ke diri ni nak pegang amanah baru di bahu? Kalau jodoh dengan ajal, haaa ni risau...khuatir amalan tak cukup je nih.

                 Pernah cakap dengan Ibu, " kalau jodoh kakak dengan ajal yang datang dulu..macam mana? "

                  " ibu sentiasa doa biar ibu yang pergi dulu sebelum kakak. Supaya kakak punya banyak masa untuk capai kebahagiaan , kebahagiaan yang kakak berhak dapat dari dulu lagi. "

                 Selalu suka berborak dari hati ke hati dengan ibu. Masa tulah nak selami hati seorang ibu yang membesarkan anak dara degil dia nih. Hahahaaa..ok taklah degil mana. ( Tipuuu !! )  menangis dengar ibu cakap macam tu. Waktu tu memang takde suara na balas ape dah. Hilang segala ilmu perdebatan , cuma mampu menangis kat riba je. ( suka baring kat riba ibu !!! )

            Kalaulah ibu tawu, I don't know how to live without her. Kat sekolah mungkin cikgu ajar the multiplication , deductions , integration. ..tapi diorang tak pernah ajar manually how to live without you, Ibu. Idk even if I can. Sebab tu dalam sujud, whenever,  I pray for ur health better than mine.

* sigh *

           This post memang totally a piece of my mind je..so kinda serabut isi nya. But whatever it is... dah bersedia kah kita sekiranya jodoh menjemput? Either jodoh dengan insan mahupun jodoh dengan ajal. Think *

      xoxo - zatul
          0402 hr
Another sleepless night

Ignore me

Assalamualaikum wbt

             It's a study week a.k.a minggu berkubang for budak2 nak final macam aku nih. Keluar bilik pun hanya ke toilet dan kafe ( tu pun kalau perut dah berdondang sayang lah..) kalau tak memang..you won't see me walking around aimlessly. Jadual tidur pun dah lintang pukang. Malam jadi siang, siang jadi malam. Hmm..

Q : like seriously zatul, kau tidur pukul bape?

A :Naahh..empat pagi  * krikk krikk krikk *

Q : err..tu paling awal ke paling lewat tu?

A : that's my dear, of course lahhh.... paling awal. * cough cough *

Q : paling lewat ? * buat muka annoyed *

A : hmm..lepas subuh kot..hehee * garu kepala *

        Yeayyy..jatul dah senget ! Urgh..I tried ok na study siang like others did. Fuhhh..tido awal pkul 1 pagi *ehem *  bangun study lepas subuh
..ye anak2..lepas subuh... pukul 7 dah menyangap ( for non-Johorean, pliss menyangap here means menguap !! ) pukul 8 dah terbongkang atas katil * krohh krohh.  So conclusion , jatul tak bole study pagi.

Q : abes lecture pkul 8 pagi tu rileks je pegi ?

A : owh..tu minda bawah sedar..sekejap tido..sekejap sedar * kahkahkah *

          Bad bad bad attitude jatul. Macam mane sebelum pukul 7 kau dah terpacak kat gate sekolah rendah dengan menengah dulu pun aku tak tahu lah. Gone gone the oldself of Izatul Farahin Azman. Heck !

      So, bila takde keje ( lebih kepada kau dah bosan study .....) jatul suka amek gamba. Hobi jatul selfie. Tapi dia malu upload public. So dia upload kat blog sebab jatul tawu takde sape baca blog dia...hahahahaa...ok bye.

Have a nicer day than mine fellas.

Muahh ciked ( strictly for girls only )

xoxo - zatul -

Annual Dinner 15/16

Assalamualaikum..

        Fuhh..makin rajin buang masa kat blog ea. Tak sedar diri na exam.wkwkwk.. ok so, this is the last event for pdt-ers (probably ) sebab our spdt was unofficially di bubarkan. But we already sent a permohonan untuk tarik balik pembubaran spdt because this persatuan are meaningful especially to us, pdt-ians.

       Cut it out, just enjoy the night and moment while it lasted , kan?

           Event  : Annual Dinner PDt  15/16
           Theme : Black & Red

Hari Jubah

Assalamualaikum wbt

           Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi sebab bagi aku peluang merasa pakai jubah convo. Hahaa..even if its not that formal , the least dapat jugak merasa pegang scroll, naik atas pentas walk with big smile bila nama di sebut. Allah je tahu rase dalam hati tu. Undescribe-able.

           Semua orang pernah ada zaman jatuh bangun dia. So do I. Untuk berdiri atas stage, bertukar sepatah dua kata dengan Tuan Pengarah sendiri, was beyond my imagination. and Alhamdulillah,  I've done it.

            Ok enough merepek. Thank you for those yang selalu ada during my up n down. Family and friends.  Bro's and hoe's..hahahaa.. sesiapa jua yang datang dan pergi dalam hidup aku. Yang masih stay, terima kasih. Yang dah berlalu pergi, aku harap korang patah balik. Hahahaha..ok tak. Aku harap korang bahagia selalu. All of you had taught me 1001 perkara. Life lesson learnt well.

Thank youu...

P/s : kembang semangkuk bila Ibu Ayah cakap bangga sebab anak dia yang sorang tak pernah putus usaha bila di uji Allah. Itu lagi penting. Hiks.

Friends

Assalamualaikum wbt..

            Alhamdulillah ! Itu je mampu ucap bila teringatkan diri ni selangkah lagi menamatkan zaman Matrikulasi. Susah senang jatuh bangun tergolek sepanjang berada dekat dalam programme ni, Allah je tahu. Dia titipkan pula insan insan yang sangat ohsem , sentiasa di sisi menyokong diri ni.

           InshaaAllah, hujung bulan April ni , dah boleh pulang ke kampung halaman ( eceeewahh) hahaha..kali ni, return for good. Tamat pengajian , InshaaAllah. So before that ;

Dear friends,

         You guys might or might not read this but know that I am so..o glad meeting y'alls. Korang brings out the good and the bad side of me. Hahaa.. there are times we fall into an endless arguments, fights or misunderstandings.  There are also times, where we all sit and consoles each other like brothers and sisters. There are times we act all awkward and there are times we burst out laughing like a bunch of hyenas.

           Each and every single piece of moment we shared, we created , we painted with rainbow of colours...I'll savour it till in my deathbed. lepas ni, we might or might not bump with each other.  Even if so, entah waktu tu kau ingat aku lagi ke tak or vice versa. no matter what, stay positive. Stay safe wherever  you guys are after these. Know that korang sentiasa ada soft spot in my heart.

            Nizam ; for being an awesome guy in class. I adore your leadership and sometimes your lame jokes pun bole buat aq gelak walau aq tengah takda mood.

            Adzhar ; for being an awesome study partner cum partner in crime bab mengusik khalida. For being my source untuk aku carik movie baru, anime baru.Hahahaa..you save me from kebosanan namateyyy living here.

             Khalida a.k.a my panda laut ; now now...we've gone through a lot lately. gaduh? Countless times. Menggila? Hahaa..tak pernah nya tak..being with you open my eyes to a new perspective of life yang tak pernah aku terfikir wujud. You taught me that physical doesn't limits your ability. discover as much as u want. Aku doakan kau sentiasa dalam lindunganNya.

               Azie ; hai jiran bilik. Thanks sebab selalu ada time aku nak share story. Selalu ada waktu aku hampir na rasa give up dengan study. tengok kau, buat aku bersemangat nak study. Hahaa..mgkin sebab permulaan kita dekat kedah ni atas sebab yang sama (you know what I meant kann ) kita mula sama2 dari zero to one of the best students,  listed on dean list and the list goes on. Thanks jugak jd travel partner aku during our escapism tu.

                Farah @ paghah gojes ; I couldn't stop laughing. Tak tawu kenapa kau suka sangat nama gojes tu, but, tbh it suits you well. Thanks jd partner travel during our trio escapism tu. Eventho kau agak jakun nampak itu ini during escapism kita tu, butnit was fun. Totally a blast having u there with us. Aku tak pernah excited na naek banana boat tu tapi sebab kau...aku layan je and yesss it is funnn. Thank you.

                 Yusha ; hai bakal cikgu?! Hahaaa..terus terang I kinda awkward sikit with you sebab yushaaa baek sangat, lemah lembut..fragile. zatul selalu risau kalau tersinggung ke ter-anything lah that could harm you. Tapi zatul tawu yusha sangatt tabah and kuat orang nya. Rajin dan cantik pulak tu.hehee..terima kasih jadi kawan yang baik dan kawan gosip yang baik jugak.hiks.

                Nuyu @ kak long ; oi...hahaa..for being an awesome friend I could ever asked for. Sumpah memula kenal aku tak caya kau kelantanese..cakap memang keyyel abes.sekali kluar loghat kau, ternganga jap aku. Hahaa..the moment menggila dengan kau, ber selfie dengan kau, mencarut karut marut dengan kau..hahaa..basically kau dah macam kindred sisters aku dah. Beza negeri je la.hahaa..

                 Sarah @ saloma gombak ; for being am extremely active person in class.kau dah macan adik yang aku selalu mintak kat parents aku tapi tak pernah dapat.hahaa..your energy vibes a positive impact on me. Even time aku tengah moody, kau yang ceriakan suasana..dan kau mudah terhibur.

                 Adda @ wonga ; for being a friend.  A good friend. kawan bergosip sometimes. kawan study.kau hiburkan aku dengan lawak kau even hambar pun sebab, what can I say? Aku pun spesis mudah terhibur. Thanks a lot.

                 So guys, thank you for the endless memory we created for the past a year and half we met and get to know each other. Do keep in touch as much as possible. aku doakan kita semua berjaya dalam apa jua bidang kita ceburi lepas ni.

                From the bottom of my heart , I sincerely apologize for any mistakes I ever did, any words that cut through ur heart, any actions that makes you guys hated my gut. Aku sayang korang ketat2. Muahhh cikedd. ( girls only ! )

K1M1T4 KolejMKedah, Changlun.
Year 15/16