Si comel & encem

Just a piece of thought

Assalamualaikum...

        Have u ever wonder what your future will ever be? I did...a lot actually.  I keep myself updated about work opportunities,  freshly grad students,  courses that are too common yang kalau kau grad nanti wallahi banyak sangat persaingan bila nak carik keje. Yes, rezeki masing masing Allah dah tentukan. But then think, takkan kau nak duduk rumah lenggang kangkung tunggu surat tawaran keje datang bergolek depan pintu umah ?! Nope.. absolutely not. at least nak lah bila dah grad nanti kau tawu where will you heading off to find keje.. I knew that some of us was born with a silver spoon on their mouth, hence, they did not have too worried much about feeding themselves or finding a job. (Sorry if I'm being too judgemental )

              Let's face it. Thousands of student graduated each year , either from ipta/s , forget not to mention with a good record,  high cgpa , dean lists each semester perhaps.. but not all of them were guaranteed with works. Some of them had to struggle so hard to find one that suits their field. Some of them either have to work out of their field of study or left work-less , menganggur tanam jagung kat rumah. I've seen it. Contoh are among my family member sendiri kott.

               Takut ? Giler ar tak takut when u had struggle macam namateyyy ~~ kat uni , matriks, elementary , secondary school ...keep up good cgpa , aktif in sukan and bla bla bla ~~~ name it segala usaha what not just to keep ur record...abes blaja lepak gitu je kat rumah. Untung sabut timbul ar kalau kau ada kebun even sekangkang kera pun nak usahakan buat buat carik pengalaman . Kalau yang ada motivasi tu dah tak ingat sijil dalam almari terus usahakan berbakti pada tanah sampai berjaya. Tapi tu lahh..tak nak lah membazirkan usaha for years , sijil kelayakan ape semua tu untuk bidang yang out dari apa yang kita dah belajar. Nak pikir hutang pt nak kena bayar tu pun sakit gak.

                Other, harga rumah sekarang bukan macam dulu. Ye laa, yang duluu ~~~ bukanlah yang sekarang ~~~  siapa tak teringin nak ada rumah sendiri. Nak cuba bina mahligai sendiri , terutama yang lelaki. Sekarang ni ramai dah anak muda bina masjid  awal. ALHAMDULILLAH...di harapnya berkuranglah kes kes maksiat dll. Perempuan nak kahwin dia tengok : 1) Rumah sendiri  2) kereta 3) simpanan . Well, first thing first memang lah dia tengok akhlak. Kau tak tengok pun , Mak Ayah mesti titik bertakan soal tu punya. Mana ada parents na bagi anak dia kawen dengan lelaki yang tak baik. ( ikutlah definisi tak baek tu macam mana .masing 2 punya pandangan )

              " Eleh perempuan sekarang materialistik.."    *BOOO

               Dude, takkan lah dah kawen nak duduk rumah parents kau kot? Kalau wife kau jenis bangun pagi, siapkan sarapan , buat kerja rumah tak pe weyh. Kalau yang pesen bangun lepas matahari tegak , lapar pun suami kena bungkus nasi kat mamak. Nak duduk serumah dengan mertua. Kemon lahh..mawu perang dunia. Kalau lelaki pulak nak jadi imam solat pun teragak- agak bacaan..ingat ayah si perempuan tak jeling menjeling?  Bila kau ada rumah sendiri, at least nampak lah diri tu dah bersedia nak tanggung anak dara orang. Dah sedia na tanggung dosa isteri, perbetulkan diri dan isteri dan lain lain tangungjawab lah kan.

                 Honestly,  I had this type of conversation dengan my cousin yang nak kahwin dah in shaa Allah,  March tahun depan. Yes, dia a guy yang berusia 21 tahun and bakal zaujah dia pun sama usia. Dia kerja biase je bakal isteri tu pulak cikgu tadika kanak2 istimewa . So bab akhlak bakal isteri tu alhamdulillah lepas dah ujian keluarga. Dia pun ada kerja tetap jadi cikgu so tak lah terlalu bergantung pada bakal suami which is my sepupu nih. As for my cousin ni pulak, dia keje biase 2 je..tapi alhamdulillah dah start kumpul simpanan, dah ada kereta sebijik. Rumah je tengah usahakan tapi future wife dia tu insist nak diorang duduk dengan mak sepupu aku ni. Sebab sepupu aku ni anak lelaki bongsu. Manja. So , si perempuan ni beralah la duduk dengan mertua. Hubungan diorang pun akrab. Tak timbul masalah lah kat situ.

                 Lain, everyone had their own passion in something. tak kiralah cars, perfumes,  clothes  et cetera.  shopping pun mestilah nak merasa keluar duit sendiri. Serious tho, nak sangat one day bila keluar shopping dengan parents then bole cakap ;

" Beli lah ,ibu ayah, kakak bayar.."

 One fine day , one fine day ...

                 Nak ada source of income yang kukuh supaya bole ucap ayat tu everyday, supaya bole bawak ibu ayah wherever they wanna go, kalau dulu tengok ayah drive je , kita ni duduk kat sit belakang tied with seat belt. Nak lah one fine day, ibu ayah pulak jadi mem besar kat belakang , kita pulak drive untuk diorang just to see their smile. Wanna see them enjoy the journey while I'm driving.  One fine day....


       " One fine day ..."  my charm . Kalau terdetik something and I set it as goals for future. in case kalau tetiba rasa down then I'll whisper that to myself to boost my confidence back.
Think about the future.


 One fine day...

Que sera , sera
whatever will be , will be

20/10/2015
0150

No comments: