Si comel & encem

Practiccum SIC P4

Assalamualaikum. .hye alls
Haven't updated my blog since a while longer. .
Alhamdulillah. .still in process of suiting myself with college lifestyle. .
Haven't improve that much but more or less..
Everything happen to be in it's own place..

Timetable kind of hardly to be followed. .
Few things might came up in the middle. .
As in kena jumpa lecturer for some advices nor tips..
Kena skip meals nak kejar study group which I found didn't really help me up..
Mungkin sebab I'd never ever joining any group discussion. .all this while, study by own even duduk sebelah menyebelah dengan besties..

Woww..even dah di tetapkan practiccum group. .
Well I'm in SIC P4..
There's a few yang changed their courses causing a new timetable has to be done..
Same goes to practiccum group. .
Akan di rombak and Allah only knows my feeling..
Eventhough baru 3 weeks be with them (my practiccum-ers) .. rase bonding tu kuat giler..
With only 3 putera's and the rest 9 puteri's..
Kitorang still boleh get along like we have known each other since born..
If u guys read this. . I'm thankful to be with all of u..
Even ade yg akan change to others practiccum, and tutorials group. .
Do keep in touch in WhatsApp ya..

-amin-isma-udin-
The Putera's

- zatul - muba-iqa-Shaf-husna-suzana-zue-tasha-
The Puteri's

Ahaks..I'm a bit emo plak midnight nih..
Lupekan..speaking bersepah pulak tu..
Just share my days here..
Making friends with the LOL person ever..

The future doctors and engineers are here..
We are those who will fight for DR. (Doctor) & IR. (Engineer) in front of our name..
in shaa Allah. .ameen for us..

Ps : 4 flat in shaa Allah. .pray for us..
No, pray for all KMKt_ers..
Kolej Matrikulasi Kelantan. .

posted from Bloggeroid

PERKAHWINAN : Cara Melayu @ Cara Islam??

KAHWIN CARA MELAYU ATAU KAHWIN CARA ISLAM?

Apa yang ingin dikongsikan adalah sebuah artikel yang menarik tentang perkahwinan muda mudi. Ini adalah kisah seorang gadis yang berfikir di luar konteks minda masyarakat Melayu sekarang.

SYABAS buat gadis tersebut dan suaminya!!!

Ia menceritakan bagaimana seorang pelajar perempuan tahun akhir di sebuah universiti yang hampir membunuh diri kerana tertekan setelah ditinggalkan kekasihnya. Kemudian beliau mengubah kehidupannya serta-merta menjadikan beliau gadis yang paling bahagia di bumi Allah ini dengan perkahwinan di usia awal.
Mungkin berguna sebagai motivasi diri di kala sunyi dan dibuat sebagai IBRAH bersama.

BACALAH!

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar.
Jadi, mengapa berkahwin?

Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar. Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang.

Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi. Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali.

Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

# Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya.

Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki?

Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi. Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin.Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada?

Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang. Bagaimana pula HUKUMnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding?

Fikir2kan lah sendiri...

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama.
Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500.Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang. Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah.

Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu. Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram.

Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama. Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda.

Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya. Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian..bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan. Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa.

Berkahwinlah!

Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.”
(Surah Ar-Rum, 21)
*

Betul tak apa yang dia kata tu?

Perkahwinan hanya sekali sahaja sedangkan kehidupan selepas perkahwinan itu sehingga akhir hayat.

Cuba fikir mana lagi penting?

p/s : bile adat dn agama mjadi pertaruhan..penah dgr pepatah melayu " Biar mati anak asal jangan mati adat " . In certain things..that words could be used..but when it comes to deal with Agama Islam..there's no tolerance. sebab AGAMA dan ADAT is two DIFFERENT things yg kite semua kena ambil berat ..jangan pandang enteng with it. Bukan nk lupa diri ..certain adat still can be practices as long as it tak langgar hukum Allah. Anda lebih takut di umpat masyarakat sekeliling atau di benci Allah?

#tepuk dada | tanya hati | check iman#

posted from Bloggeroid

Photography

Assalamualaikum. .
Hye all..dah lame tak meng-update my own blog..
Sampai tbongkok bongkok diri ni nak menyapu blog yang dh di penuhi debu..
Bhahaha..yek yek je.. *wink2*

So, sejak dh melepak kat rumah..
Helping out ap yg patut.. ( iyeke??! )
Sambil2 tu..tercambah satu minat yang x sangka ad pulok tertanam selama ni..
Ceh..bunyi macam bangga diri..
Bhahaah..no lah..just sharing. .

Snap * snap * snap *

Ha kau..!!
24/7 bergaaaammmbaaarrr je keje nye..
Hehe..gamba pokok amek..langit amek..bunga amek..naseb baek tiang gol tak turut jadi one of my 'creativity'..hehe. .

My mum??
Tok sah di bilang..bebel tetap bebel..
But I knew how to cool jer down..
Ini anak ibu wokeyh..!!

Amek gamba ibu..
Edit sikit.. (okeyh tipu!!)
Edit touch up background and bla bla bla.. ( ckp ala2 professional )

Siap! Send it to my mum..
Tersenyum semula lah permaisuri hati ayah tu..
Hehe..easy ey?

posted from Bloggeroid