Si comel & encem

#CERPEN : Kemaafan Untuk Abah



Langkah kaki di atur kembali ke tempat duduknya. Seboleh mungkin dia cuba berlagak tenang,mempamer riak kosong di hiasi secarik senyuman meskipun hatinya sudah tidak duduk diam. Pandangan tajam guru muda itu langdung tidak menerbitkan rasa gerun mahupun sedih di lubuk hatinya. Dia sudah lali di lempar pandangan sebegitu. Usai duduk,badannya di sandar tegak ke kerusi. Mata pula di hala ke hadapan.
“ Saya nak jumpa kamu lepas ni..” ringkas pesanan  dari guru muda itu namun tetap bernada tegas. Dia sekadar mengangguk,masih lagi tersenyum. Pen Pilot di tangannya di putar bebrapa kali, membuat ‘ helly ‘.
Setelah menyampaikan beberapa pesanan,guru muda itu berlalu meninggalkan kelas setelah deringan loceng rehat berbunyi. Para pelajar berpusu-pusu keluar meninggalkan kelas dengan wajah ceria. Namun begitu,dia masih lagi terpaku di mejanya. Tangan kiri masih terlekat di helaian kertas yang baru di terima sebentar tadi. Perlahan-lahan tangannya di alihkan.
Anak mata tertancap pada contengan pen merah di sudut kertas. Tanpa sedar, nafas di hela berat. ‘Lagi sekali,Ain? You’re so gonna be dead..’ getus hati kecilku.
Tepukan di bahu menyentak lamunan. Kening sebelah di angkat. Apa? Wawa tersengih lebar. “ Laparlah. Jom ke kantin.” Pujuknya. Hujung lengan baju di tarik,memaksa aku untuk bangun menghadapnya. Aku geleng perlahan. “ Cikgu Farhan nak jumpa aku.” Balasku acuh tidak acuh. Kertas peperiksaan di simpan di bawah meja. Wawa bercekak pinggang. “Ala,takkan aku rehat seorang?” wajahnya berkerut tidak puas hati.
Aku angkat bahu. Tanpa menunggu komen daripada Wawa, aku berlalu ke pintu kelas. Suis kipas di matikan. Wawa menyaingi langkah aku menuruni anak tangga namun berpisah di tingkat 2. Aku berlalu ke bilik guru manakala Wawa menuju ke arah kantin.
*************************************************************
Pulang sahaja dari sekolah, aku memerap di bilik. Usai menunaikan solat, tubuh aku hempas ke katil yang di alas cadar biru berbunga kecil. Rambut yang panjang melepasi paras bahu aku kirai dengan jari. Dengan tidak semena anak mataku menangkap 3 garisan merah di telapak tangan kiri. Di sentuhnya dengan hujung jari. Peritnya sudah berkurangan namun kesan merah masih tidak surut. Kata-kata Cikgu Farhan masih terngiang-ngiang di cuping telinganya.
“Ini peringatan  dari saya,Ain. Saya nak tengok markah awak dalam subjek saya meningkat. Jangan nak tunjuk besar kepala awak dengan saya. Kurangkan aktiviti kokurikulum awak atau saya tarik balik jawatan Pengerusi awak tu.”
Mengingati amaran dari guru muda itu, tanpa sedar aku tersenyum hambar. Dia tidak hairan dengan mata guru-guru lain yang memandang dengan pandangan jelek. Biarkan. Mereka punya mata untuk melihat. Usai menerima ‘hadiah’ yang tidak di jangka itu,aku berlalu ke kelas kembali tanpa sepatah kata. Kepada Wawa, aku hanya memaklumkan tentang peringatan dari Cikgu Farhan sahaja. Yang selebihnya,biarlah rahsia..
**************************************************************
Tepat jam 9.00 malam, kedengaran deruman enjin Grand livina memasuki perkarangan rumah. Ketika itu,aku sedang memanaskan lauk-pauk di dapur. Usai mengemas dapur, aku membawa diri ke bilik tidur. Tugasan sekolah sudah selesai lantas aku isi masa yang ada dengan mendengar lagu-lagu di Mp3. Ketukan di pintu menyentak lamunanku.
Wajah Mama terjengul dari sebalik pintu. Kami saling bertukar senyuman. Mama melabuhkan punggungnya di birai katil. Aku melabuhkan kepala di atas peha Mama. Terasa elusan jemari Mama di rambutku. Sekali lagi aku tersenyum senang di perlakukan sebegitu. Terasa kasih sayang Mama mengalir di setiap elusannya.
“Macam mana keadaan di sekolah hari ini?” soal Mama penuh minat. Wajah kepenatannya cuba di sembunyikan melalui senyuman yang menenangkan sesiapa yang melihatnya.
“Baik. Mama pula?” soalku pula.
Mama terdiam. Sesaat. Dua saat. Masih tiada balasan. Kepala ku angkat sedikit untuk memandang wajah Mama. Tunak matanya memandangku sayu dan mataku masih belum rabun untuk menangkap bayang genangan air jernih di pelupuk mata Mama. Tiba-tiba, Mama tunduk merapatkan bibirnya ke dahiku.
“Mama bertembung dengan Cikgu Jannah tadi..” belumpun sempat mama menyudahkan ayatnya,aku sudah bingkas bangun. Badanku tegak membelakangkan Mama. Kedengaran Mama mengeluh perlahan.
“Yang lepas tu biarlah lepas,Ain.” Pujuk Mama seraya mengusap bahuku. Ditariknya aku rapat ke dalam pelukan. Aku masih beku. Tiada niat untuk mengulas apatahlagi mencelah.
***********************************************************
Suara pertengkaran yang jelas kedengaran membuatkan jantungnya berdegup laju. Pantas tubuh halus itu menyorok di sebalik pintu. Kedua-dua telapak tangan di bawa ke mulut menahan esakan dari di dengari oleh dua batang tubuh yang sedang bertingkah di ruang tamu rumah. Air mata mengalir laju menuruni lekuk pipinya.
“Ain!” teriakan kuat di iringi tolakan kuat di muka pintu menyentak tubuh si kecil.  Dia masih menundukkan kepala. Enggan memandang wajah bengis di hadapan. Serentak itu,tangan Abah singgah ke pipinya. Dirinya yang tidak bersedia dengan tindakan Abah itu, tersungkur menyembah bumi. Kepalanya turut terhantuk pada bucu katil.
“Hei,awak dah hilang akal? Ini anak kita tahu. Bukan anak patung.” suara mama kedengaran memarahi Abah. Mama meraih si kecil ke dalam pelukannya. Alangkah terkejut dirinya melihat cecair merah pekat yang menuruni dahi si kecil. Mencerlung mata Mama memandang Abah yang langsung tidak beriak sedih hatta meminta maaf di atas perbuatannya.
“Tengok apa dah jadi pada dahi Ain. Awak memang tiada hati perut.” marah Mama lagi. Abah tersenyum mengejek. “Itu anak kau. Bukan anak aku.” Balas Abah tanpa riak bersalah. Langkahnya di atur meninggalkan bilik si kecil. Tidak lama kemudian kedengaran bunyi enjin Toyota vios meninggalkan perkarangan rumah.
“Sabar,sayang.” Ucap Mama sambil mengeratkan pelukan. Si kecil masih teresak-esak.
********************************************************
Dentuman guruh mengejutnya dari lena. Mata yang pedih di tenyeh dengan hujung jari. Posisi tubuhnya di ubah kepada bersandar di kepala katil sambil memeluk lutut. Jam di sisi katil di kerling sekilah. Baru 2.00 pagi. Tubuhnya di paksa bangkit menuju ke meja solek. Refleksi diri yang terbias di cermin menjadi santapan mata. Anak matanya tertancap pada tanda di sisi kiri dahinya. Tangannya di angkat menyentuh tanda itu. Tanda yang membuat wajahnya kelihatan sedikit ‘cacat’.
Sudah seminggu berlalu. Bermakna seminggu juga dirinya mengelak dari bertembung dengan Mama. Meskipun mereka tinggal serumah namun pekerjaan Mama sebagai doktor di sebuah klinik swasta membataskan had waktu untuk mereka bertemu dan meluangkan masa bersama-sama.
Bukan niatnya ingin berkasar dengan Mama. Namun dia masih belum bersedia. Kata-kata Mama tempoh hari kembali terngiang-ngiang di telinganya.
“Abah dah tak ada,Ain. Abah dah meninggal setahun lepas. Sudah bertahun Cikgu Jannah cuba menjejaki kita dengan harapan dapat pertemukan Ain dengan Abah tetapi dia terlewat. Kebetulan semalam dia singgah di klinik Mama untuk dapatkan rawatan. Dia minta maaf dan dia minta izin untuk jumpa Ain. Boleh,sayang?”pujuk Mama lagi. Aku terdiam. Otak seakan tidak dapat menerima input yang di berikan. Terkedu. Abah sudah tiada?
“Bila?”balasku setelah beberapa ketika mendiamkan diri. Mama kelihatan tersenyum senang dengan pertanyaanku. Mungkin kerana aku sudah mulai memberi respon.
“Mama tidak ingin memaksa. Terpulang pada Ain untuk tentukan masa. Apabila Ain sudah bersedia,Ain bagitahu Mama. Kita jemput Cikgu Jannah makan malam di rumah,ye sayang?” mama meminta persetujuanku. Tiada apa yang boleh aku perkatakan selain  mengangguk menyetujuinya.
Seminggu sudah berlalu. Petang tadi sudah aku nyatakan persetujuan untuk bertemu dengan insan yang pernah menjadi mimpi ngeri dalam zaman kanak-kanakku. Insan yang menyebabkan aku membesar tanpa kasih sayang seorang Abah. Esok merupakan hari penting. Pertemuan empat mata dengan insan itu.
“Ya Allah,kau permudahkanlah urusan-ku. Andai ini yang terbaik untukku,kau lembutkan hati aku.” Itulah doaku usai solat tahajjud yang aku dirikan malam ini. Semoga hari esok membawa sinar bahagia buat mama dan diriku.
**********************************************************
Pertemuan yang di harap berjalan lancar berlangsung dalam suasana hiba. Bagai tidak terluah hatta sepatah kata pun dari ulas bibirku saat di tarik ke dalam pelukan Cikgu Jannah. Air mata yang mengalir sudah cukup menjadi bukti bahawa wanita itu sudah insaf kerana pernah memisahkan kasih seorang anak dengan ayahnya juga kasih seorang isteri dengan suaminya. Tidak henti-henti dia memohon maaf di atas perbuatannya dahulu.
“Pandai Ain masak. Kena dengan selera Ibu. Dah boleh kahwin ni.”puji Cikgu Jannah merangkap ibu tiriku. Aku sekadar tersenyum kecil. Mama tersenyum bangga.
“Kalau keputusan SPM teruk,saya kahwinkan aje dia,kak..”balasan Mama mengundang tawa kecil Ibu. Aku yang sedang mengunyah makanan, tersedak. Kelam-kabut Mama mencapai minuman untukku.
“Kamu tak apa-apa,Ain?” soal Kak Fauziah,kakak tiriku. Aku tersenyum nipis, sekadar menutup kegugupan di hati. Makan malam bersambung seperti biasa namun seleraku sudah terbantut sejak pertama kali menyambut tetamu yang hadir itu.
Usai makan malam,ruang tamu menjadi pilihan untuk berbual-bual. Ibu dan Mama kelihatan tidak kekok berbual sesama sendiri malahan seperti sudah lama berkenalan rapat. Mungkin Mama sudah benar-benar memaafkan Ibu seperti yang di beritahu suatu masa dahulu. Sungguh,aku tidak pernah membayangkan dapat berada dalam suasana aman seperti ini suatu masa dahulu. Mungkin ada hikmahnya pertemuan kali ini.
              “Ibu tidak memaksa Ain. Ibu cuma ingin menyampaikan hasrat Abah sebelum dia pulang ke rahmatullah. Kalau Ain rasa permintaan Abah ini berat untuk di tunaikan, Ibu faham. Ibu yakin Abah pun faham. Abah buat permintaan ini kerana dia ingin lihat Ain bahagia dan dia bimbang seandainya perbuatan dia dahulu membuatkan Ain membenci seluruh kaum Adam. Ibu harap Ain pertimbangkan permintaan Abah yang terakhir ini.” Kata-kata Ibu membuatkan aku tergamam. Sama sekali tidak menyangka pertemuan ini bakal turut mempengaruhi arah kehidupannya. Kotak berbaldu merah hati itu aku pandang lama.
Pandangan aku kalih ke sisi. Mama menggenggam tanganku,erat. “Mama pun tidak memaksa. Ini wasiat Abah. Terpulanglah Ain mahu terima atau tidak. Tapi tidak salahkan kalau Ain terima Farhan, cuba kenali hati budinya dahulu. Mama tidak paksa untuk Ain kahwin sekarang. Kamu berdua pun masih muda.” Ujar Mama lembut. Senyuman di ulas bibirnya menenangkan hatiku yang sedang resah.
Aku kembali tertunduk. Terasa berat pundakku menggalas wasiat Abah. Lama aku terdiam. Wajarkah aku menerima lamaran Ibu?  Apakah terjamin nasibku tidak akan sama seperti Mama seandainya menerima lamaran ini?
“Kalau Abah rasa dia yang terbaik untuk Ain,InsyaAllah Ain terima.” Balasku perlahan namun cukup untuk mengundang senyuman di bibir Mama serta tetamu yang hadir.
              Mungkin ada yang berpendapat aku terlalu gelojoh kerana menerima perjodohan ini tanpa berfikir panjang. Percayalah,tiada seorang pun di dunia ini mahu melihat hubungan dua buah keluarga yang baru terjalin ini menjadi kembali renggang. Aku juga tidak mahu ada hati yang terluka sekiranya aku menolak wasiat Abah. Mungkin penerimaan ini akan membantu aku untuk memaafkan kesilapan lalu Abah dan mendidik hati untuk menerima kehadiran Farhan,anak angkat Abah merangkap guru aku sendiri sebagai imam ku suatu hari nanti. InsyaAllah.

Hati yang terluka tidak boleh di rawat dengan air biasa.
Sebaliknya dengan titisan mutiara keredhaan dan keinsafan hati.
Hanya dengan mengingati Allah,hati kita akan tenang.

P/s : Just another cerpens from me..enjoy..