Si comel & encem

Pertandingan Kawad Formasi ~

          Assalamualaikum...hye alls..ape kabar semua? ase da lame ta bkak web nie..so kali ni dapat bkak..kite story morry sikit..ahahaa..

          Baru-baru ni..sekolah zatul..(cehh macam aku yang buat sekolah tu..) hehee..taklah..sekolah tempat zatul timba ilmu selama almost 4 years..SMK Ulu Tiram..telah mengadakan suatu pertandingan.(pergh ayat baku)..Pertandingan Kawad Formasi terbuka untuk semua  unit beruniform sekolah..seramai 6 pasukan join this competition yg berlangsung di parking lot KBSM blok..(pergh sempit sehh..)..

   Those who took part in this competiton are :
  1. St John Ambulans Malaysia ( SJAM)
  2. Kadet Remaja Sekolah (KRS Lelaki)
  3. Kadet Remaja Sekolah (KRS Perempuan)
  4. Persatuan Putri Islam Malysia (PPIM)
  5. Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
  6. Kadet Polis (KP)

            Masih terasa sakit nye kaki kena jemur kat atas tar tu...ayoo..mase kawad plak..ramai yang berterabur..eiii...geram...ape hal la semua ni..sabar aje la..dah la nak wat post pasal hal laen lak..bubye..check those out,all..!

         ~ wassalam ~

Personaliti melalui Jenis Darah..!!!

Assalamualaikum..
apa khabar semua..? zatul sehat2 jek..
heheee...

Okey,for today's entry..
let's chek it out..
Personaliti anda semua..melalui...
Jenis platelet darah anda..

adakah anda seseorang yang berplatelet darah 
A?
B?
AB?
atau ade yg same ngan zatul..platelet O?


1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers) 

Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup. 
Peribadi Asas: 
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan. 
Kadar Toleransi: 
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah. 
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau: 
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan. 
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan: 
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain. 
Bagaimana mereka bekerja: 
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan. 

2) Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters) 

Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan. 
Peribadi Asas: 
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal. 
Kadar Toleransi: 
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang. 
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau: 
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam. 
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan: 
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa. 
Bagaimana mereka bekerja: 
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan. 

3) Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists) 

Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka. 
Peribadi Asas: 
Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting. 
Kadar Toleransi: 
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar. 
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau: 
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain. 
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan: 
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata. 
Bagaimana mereka bekerja: 
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan. 

4) Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors). 

Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi. 
Peribadi Asas: 
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga. 
Kadar Toleransi: 
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia. 
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau: 
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan. 
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan: 
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus. 
Bagaimana mereka bekerja: 
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.
 
Source :> Nina K

Me & Him (part 12)

* Korang pernah alami situasi di mana..
someone yang korang suka..
menyukai korang juga..

tetapi,banyak halangan untuk bersama..
sebab,korang masih muda..
apatahlagi,kita di label masih mentah
dalam dunia percintaan..
Korang nak tahu sambungan kisah Me & Him..?
selamat membaca.. *


Situasi P : Di sekolah

Lelaki : kau pasti..?
Jaja: aku pasti..

Lelaki: tak rasa..tempoh tu terlalu lama..? 10 tahun.. makna nya tahun 2022..
Jaja: memang lama..tapi,dalam tempoh tu,kita semua pasti sibuk dengan cabran-cabaran mengejar cita-cita..harap kau faham..

Lelaki: (ketawa)
Jaja: was my words too funny for you..? (serious)

Lelaki: memang pun..tak sangka..kawan sekelas since standard four..yang dulu selekah bagai..sekarang dah,jadi someone yang matang..sejak naik form 4 nih.. 
Jaja: perli ke..? tahulah kita masih suka minum milo,,tahulah kita masih suka teddy bear.. 

Lelaki: sebab apa yang awak sukalah..saya suka awak.. 
Jaja: (terdiam..juga tersenyum..) 

* keduanya berpandangan *

Jaja: tak payah lah eh..?
Lelaki: tahu tak pe..rasa lain pulak..
Jaja: kau yang start dulu..berawak-awak..
Lelaki: tak sengaja..rasa janggal lak bila berawak-awak nih..

* keduanya tertawa * 

Lelaki: tapi kalau tukar "sayang" boleh tak..sweet sikit..

* Gedebukk..amik kau..
kan dah melayang
buku setebal kamus Dwibahasa *

Lelaki: adoii..sakitlah...!!!
Jaja: Padan muka..buekk..!! (jelir lidah)  



" THE END"

cinta ni tak mengira usia
tak salah bercinta usia muda.
cuma kita kena bijak
membezakan antara
keperluan & kehendak

puas hati dengan cerita nih..?
huhuu..hope u like it..!

- bye..assalamualaikum - 

Me & Him (part 11)

Situasi o : naik sekolah

Sasa: Hye..Lelaki..buat apa tu..?
Lelaki: (terkejut)hye..tengah duduk..(blur + buat muka muak tgk wajah sasa)
* 2 orang rakan di sebelah tersengih
mendengar balasan lelaki..
Padan muka kau,Sasa..! *
Sasa: (menahan geram) Lelaki,dah fikir nak masuk kelas apa? sekejap lagi ade perhimpunan..bagi2 kelas..

Lelaki: entah..tak pikir lagi pon..(acuh tak acuh aje layan)

*matanya liar memerhati..
mencari2 kelibat seseorang..
..BINGO..!!  *

Jaja: Salam,hye korang semua..apa khabar..?
Lelaki & rakan2 lain: wassalam..
Rakan 1: kitorang baik aje..kauuu.. (terhenti kata-kata)

Rakan 2:(terbeliak) OMG..!! Jaja..kau..kau pakai beg..baru..
Jaja: kenapa? salah ke..korang pon beg baru..jakun..!

Rakan 1 & 2: warna PINK??  P-I-N-K..?

* kuatnya suara Rakan 1 & 2..
menarik perhatian rakan2 seangkatan mereka
untuk mengelilingi meja yang mereka duduki.. 

rata-rata pelajar memberi respon :
  • Jaja..cantik beg..Jenama mahal lagii
  • Jaja..kau demam eh,ke salah beli beg..?
  • Jaja,mama kau paksa pakai wane nie eh?
  • Jaja..mana beg itam kau..?
  • jaja..is that you..?
  • Jaja..eh,bukan..kau menyamar jadi jaja kawan kitorang kan?
  • Jaja:tukang jual tu salah bungkus beg yang kau order eh? 

* blushing pipi Jaja di buatnya *

Lelaki: alaa..biarlah dia nak jadi feminin sikit taon nie..masa dia rock kapak dulu,korang jugak yang merungut kena buli..hmm..

* kata-kata Lelaki serta merta membuatkan rata-rata
pelajar tersenyum lebar..
penuh usikan & penuh makna.. *  

Jaja:(oh,tak..mati aku..senyuman tuu..!)

Pelajar: hye Lelaki..bela awek nampak..

Pelajar2 lain: haaaaa.....wooo...! (sorak2)

* Sasa yang bengkek
dengan keadaan sekeliling..
terus chaw tanpa sebarang kata..
sakit aty kate kan.. *

Lelaki: Nah..(3 buah buku kecik serta 1 buah buku math..di hulur)
Jaja: Thanks but..extra..??!! erk..
Lelaki: just thought you might needed the extras..
Jaja: thanks again..

* keduanya saling berpandangan
dan tersenyum *
Pelajar: aww..so sweet..!!

* next entry..wait ok..! *

Me & Him (part 10)

Situasi N : Dalam muka buku

 Jaja mengeluh sendirian..:
kenapa semua yang rapat dengan aku terpaksa pergi?
pada siapa aku nak minta tolong nih..?
Ya allah,berilah hambamu ini bantuan..

* akibat kebosanan..
Jaja pantas membuka account fb miliknya..*

Ting..! (fb message from Lelaki)

  ---->  sorry tak dapat balas message kau tadi..ta de kedit..anyway happy new year gak..good luck to you too..

Jaja terkesima:

Haa..? Ya Allah..dia kah yang kau utuskan buat ku?
Inikah petunjuk dari mu,Ya Allah?
budak lelaki ni..? Lelaki..? 

Jaja: Salam..kau dah beli buku lom..?
Lelaki: wassalam..dah..
Jaja: naek skola t kau bawak buku ape je..? buku tulis?
Lelaki: 3 buku kecik,2 buku besar,2 buku math..

Jaja:(teragak-agak menaip) aku pinjam buku 2 buku kecik dr kau,boleh? lepas rehat nanti aku ganti.
* berdebar-debar hatinya memikirkan balasan
yang mungkin di terima olehnya *

Lelaki : ok..naek sekolah nanti aku bagi..
Jaja: ok,thanks..aku tunggu kat kantin..
Lelaki: bukan nanti ade perhimpunan ke?
Jaja: aku datang awal..tak kan kau nak suruh aku diri kat tapak perhimpunan sensowang?

Lelaki: Ok,tunggu aje kat kantin
Jaja: ok..
Lelaki: kau datang ikut pintu belakang kan?
Jaja: tak lah..pintu depan..

Lelaki: tapi biasa firstday,aku selalu lepak kat bawah..tunggu orang datang..
Jaja: bawah mana?
Lelaki: pondok pintu belakang..
Jaja: owh..ok.. aku tunggu kat kantin..thanks..salam..
Lelaki: wassalam..

Me & Him (part 9)

Situasi M : Di bilik tidur Jaja

Jaja: tak boleh ke kalau beli aje buku,ma?
Mama: tak boleh sayang..nanti kalau dapat call further studies memana..rugi aje kena beli buku lg..

Jaja:tapi kawan Jaja dulu..masa f1 die beli aje buku..bila da pindh mrsm,dia bawak skali buku tu..

Mama: (mengusap rambut ikal Jaja) itu kawan jaja..masa form 1..skang jaja nak naek form 4..mama tak nak Jaja rasa lain kat tempat baru nanti..Jaja bukan nye jenis cepat dpt kawan..dekat umah,mulut mcm bertih jagung..pot pet..poet..

Jaja:(tarik muka)..mama..! orang tanya lain,dia perli kita pulak..
Mama: ahaha..kamu tu bukan jenis mesra alam..salah ke mama cakap? kawan kamu balik-balik si Sahabat,Adik angkat..itu aje yang rapat..nak kata kawan lelaki? bukan nye ade..dah la..


Jaja: (akur)okey,ma..but how about my first day..?panggilan further study tuh,paling2 cepat..mid february baru keluar..lama lg ma..!


Mama:(terdiam sejenak) Jaja pinjam dari kawan2 dulu..lepas rehat pergi koperasi,ganti diorag punya..boleh?


Jaja; kenapa tak beli pagi2 aje..hum..
Mama: Jaja nak ke bersesak pag2 dengan budak2 Junior tu..? biasa awal taon,koperasi full dengan newbies..


Jaja: Allahuakbar..(tepuk dahi)..lupa pulak..ok2 la..


* setelah mama keluar dari bilik *

Jaja merenung telefon bimbitnye.
minda nya pantas teringat adik angkat
yang sebenarnya sebaya dengan dirinya
hanya lewat 2 bulan aje tarikh lahir..

Jaja: adik angkat..salam..wat pe tu? (mecet)

*5,6,7,8 ----->  30 minit berlalu*

Operator: nombor yang anda dail tidak dapat di hubungi.. (call pon ta angkat)

Jaja kembali termenung.
dia call pula si Sahabat

Jaja: hye..salam..kau aje harapan aku..
Sahabat: wassalam.. pe dia..? mcm big probs aje..

Jaja: memang pon..aku ta beli buku2 sekolah lagi..mama aku suruh extend sampai kputusan kemasukn mrsm dan sbp keluar..so,aku nak pinj..

Sahabat: Jaja..kau buat aku serba salah..kau lupa atau buat2 lupa?

* Jaja kebingungan *

Jaja: Allahuakbar..maaf2..aku terlupa..aku betul2 kalut..aku tak dapat call Adik angkat..kengkawan lain pon sama..maaf2..Jangan marah eh..

Sahabat: Jaja,kau buat aq serba salah nak pindah..aku takut kau keseorangan kat Johor..aku kat Selangor,jauh..maaf Jaja..

Jaja: no..no..It;s not your fault..don't be sorry for that ok..dah rezeki kau belajar kat situ..cukuplah kalau kita still berhubung mcam biasa..ok..!

Sahabat: kau memang memahami..thanks jaja..aku tak akan lupa kau..

* buat seketika,Jaja lupa akan masalahnya..
perbualan berterusan sehinggalah Sahabat terpaksa
mengundur diri..
sudah tiba waktu dia mendaftar di sekolah baru..
Lusa dah naik sekolah..*

* next entry..sambungan nya..wait ok..! *   

Me & Him (part 8)

Situasi M: Di bilik Jaja

Jaja sibuk mengupdated blog,facebook
& twitter miliknya.
Hampir seminggu dia tak menyentuh
laptop peribadinya
kerana bercuti di rumah nenek.

 " RINDU KAT NENEK SESANGAT...! "
jerit JAJA..
 TING..!
Lelaki : main poke2 orang pulak..!

*eh,mamat nie..baru 59 saat aku online..demam pew?*

Jaja: =P  ..cehh,tiru ayat aku..poyo r..!
Lelaki: elehh..wat pe tu?
Jaja: (excited + pelik di soal) update blog..kau lak?

Lelaki: main game..
Jaja: game lg..game pe?
Lelaki: pool live tour..

Jaja: best ke game tuhh..
Lelaki: bukan ko dh try ke game nih..?
Jaja: loading lembab sangat..malas ar..
Lelaki: memula memang la lambat..dh lama nanti senang la..

* the conversation continued until..*

Lelaki: okeylah..nak out dulu..main bola..assalam.

* Jaja membiarkan salam Lelaki tanpa balasan..
anehnya,lelaki masih belom offline..
semint..menjadi dua..menjadi tiga..*

Jaja: wassalam..bye.

* TING!*
tanda hijau di sebelah nama Lelaki
terus lenyap.
..die dah log out..   
 

Me & Him (part 7)

Situasi L : di kamar Jaja

Jaja sedang leka menyanyi:

 Aku takkan lelah menunggu
hingga waktu ajal menjemputku
takkan pernah ada sesalku
untuk menunggu mu

Ingin ku gapai bulan aku petik bintang
Ingin ku berikan semua itu untuknmu
agar kau tahu besarnya cinta ku padamu 


Ting!
- Lelaki has poked you on facebook -


Jaja tersenyum:

aku baru nyanyi lagu
tentang perasaan ku
by Irwansyah..!
Jaja: main poke2 orang plak..
Lelaki: asal,tak suke..?

Jaja:(* mak aihh,laen macam ayat..baik aku chaw *)

--Jaja terus offline..takut konon --