Si comel & encem

Being sick

Assalamualaikum w.b.t ,

These past few days was one of the toughest in my life.  I've been in worst condition before but during that time , I have my sources of support. I have my families, my friends..but this one isn't.

First of all, Alhamdulillah sebab I was offered to pursue my degree in Electrical Engineering ( EE ) in UTeM. for those whom are not aware , UTeM alias Universiti Teknikal Malaysia Melaka [ Loc : Melaka ] . my mum quite happy when i first received this sebab; she was like, quote her un-quote

"My prayers has been answered. kan dah cakap doa ibu tu makbul. dapat jugak further study dekat dekat"

i was like; "Yeah mum..yeah.." Hahahaaa...okay, dah far astray from topic ni.

I love UTeM. bukan nak promote ke hape, nope at all. I love studying here sebab :

            1_ Wifi Free plus laju ( mweheheheee...)
            2_ oh joyy cause there is no more dress code. ade je sebenarnye, but.....herm herm herm...
            3_ * ermmm * okay takde reason lain dah.

BUT , biase lah when you first trying to adapt with new environment. plus dah lame tinggal alam pelajaran ni ( uhuks ! ) there's a few consequences. 

mungkin sebab cuaca, since kat sini panas lit lit. wallahi tak tipu, hujan semalam pun hujan panas and at that time, i was on my way nak balek asrama. can you imagine???? i was totally unprepared ! it was, afterall an uncalled event sebab cuaca cerah. i was actually planning nak turun riadah that evening. since hujan turun, Prez of the club that i joined pun decided to call-off training for that day.

malam tu , my temperature naik mendadak. i checked myself and it goes somewhere around 38.1 deg. hell, that was so surprising. even my roommate, Azzah terpaksa turun padang ke cafe, order soup and beli ice untuk tuam kepala. i haven't eaten since pagi lagi sebab my schedule is TOTALLY PACK with classes. my fault as well sebab abaikan pasal makan minum. i basically neglected my health matter.

 so today (06102016) ,I was a bit fine in the morning. muka pucat but I am veryyyy sure that I could still walk to class. so I did. few lab mate tegur jugak 'bout my un-coloured face. how dareee they call me living corpses..cettt. HAHAHAA...na'ah , don't mind them. i knew they were joking after all. 

skip time frame, my class ended at 12 noon. lepas zohor was my limit. kepala rase totally nak meletup. azzah tak ada dalam bilik and one of my classmate, which happened to live berdepan dengan my room , datang jenguk. thanks btw. i am totally out tho. abes tenaga nak berbalah, i decided why not pergi je pusat kesihatan UTeM. not that i have to travel out of uni pun kan.

satu masalah. i have no tranport. mula dah rase menyesal sebab tolak offer Ayah bila dia suruh bawak kereta pergi uni. haishhh.. i'm basically out of opt. so did my classmate tu. sebab here, first year stud tak boleh bawak kenderaan sendiri. Peraturan.

long story , short story, Shahrul call says that he's in FKEKK's main lobby. i don't know what he want but my classmate ni,Mida , being as smart as she is, mengadu about my condition sebab aku memang tak boleh nak bercakap dah. terbaring melepek atas katil macam sotong keluar laut.

that building was actually, sebelah my asrama. within minutes dia dah sampai and i had to gagahkan diri bersiap untuk turun. ikutkan malas pun sebenarnya sebab...well,i'm barely had any strength anymore. weyh,..nak turun tangga pun Allah je tahu berpinar nye kepala ni. kena pulak I'm living in the highest floor of my asrama. tapi sebab kena lecture free.. tak de pilihan la kan.

and, yep. dia hantar pergi pusat kesihatan. daftar ape semua dia uruskan sebab Mida tak boleh ikut. dia ade latihan petang tu. memang rasa helpless gile la. i'm half-half sedar je masa doc. check. tapi rase lah sakit nye IV kena cucuk kat tangan tu. ape jadi lepas tu....idk. can't remember.

and when i'm awake dari entah for god knows how long lena, there he is, Shahrul terbaring kat sofa.  tengok jam dah pukul 1 in the morning. Nurse check kejap tadi saying that I'm okay , temperature pun not that membimbangkan cuma they had to inject IV tu lame sikit sebab my body lacked of fluid ( itulah kot ape aku paham bahasa medic nih ) and yeah.. here i am, currently 2 in the morning, still tak  boleh tidur even si Shahrul tu lena dah ke alam mimpi.

Taraaa..sakit!    

InshaAllah,tak ade ape lah by the morning. nasib jugak lah tak ada kelas esok. mwehehehee.. oh, aku menaip ni pun pakai sebelah tangan je. handicap gilakkkk. tak ada niat pun nak upload blog tapi dah tengok laptop mamat tu terpasang gi tu je, I'm assuming dia tengok movie kot tadi while waiting for me. earphone pun ade ni haa.. kehkeh.. manfaatkan sebelum dia tawu aku tak tidur sebab ber-blog even dalam keadaan sakit.

hey, I'm okay dah. cuma IV drip ni really makes me uncomfortable. cepatlah pagi.

i think that's it for now. my hand hurts badly pulak dah ni. 
xoxo
0245 HR
07102016 




seronok tido ? kahkahkah.

Random thought

08 August 2016.

Semua maklum dah kot , result UPU keluar hari ni. And yes, I did  check for myself as well. Alhamdulillah, rezeki tak ke mana. I got my first choice ; Electrical Eng. ( EE ) kat UTeM.  Melaka to Johor ; dekat weyh. Nampak dah gaya orang cabut balek rumah tiap weekend. Hehee..Of course lepas dapat tawu tu call parents to inform them. And they got pretty excited since dekat kann. Dah dua tahun tercampak kat ceruk Kedah sane..kali ni dapat dekat tu , ibarat sirih pulang ke ganggang.  Ha gitteww ~~~

Sumpah pepatah macam xde kena mengena langsung !

     Masa tengah check documents yang aq sempat print out kat office tadi, tetiba lak Ayah datang bilik. Duk kat hujung katil berborak pasal itu ini. ade la few stuff, pasal keje hari ni macam mana, etc. etc.  At first macam awkward gak sebab Ayah bukan suka-suka na masuk bilik aku nih. Sebab rase macam masuk nursery ; teddy bears everywhere.  Wakakakaa.. don't blame me la bila each year my birthday gift memey ore hok bagi patung beruang sokmo. hahahaa.true. no jokes.

       Dah lame borak tu dengan ibu pun join sekali. Lepas diorang bid goodnight sebab masing2 letih nak rehat.esok keje kan. Aku termenung sekejap... the situation seems like a deja vu.  Ayah dengan ibu datang berborak  dalam bilik aku.Baru teringat..few days before aku masuk matrik dulu macam tu ar. Ayah dengan  ibu datang bilik berborak.

      Haish. Why my parents are so cute? Diorang berat hati nak lepaskan anak diorang ni pergi belajar jauh.Technically,  Melaka tu memang tak jauh mane. Tapi selagi bukan depan mata diorang..jauh la makna nya tu. Rasa nya senua parents pun macam tu..mestilah susah hati nak lepaskan anak diorang keluar dari radar mata diorang even if it's for a reasonable reason.

         Berat nya tanggungjawab Ibu dengan Ayah tu nak besarkan kita; keep us safe  and sound. Diorang nak kena kerja, jaga kita lagi, risau pasal kita lagi. Tbh, since aku grew up dengan nenek ; so pernah gak terpikir did my parents really love me? Do they even care? Sheshh. What a mind I have. Ye lah, dulu zaman budak hingusan..tahu nak salahkan orang je bukan nak memahami situasi. Sekarang bile dah kerja sendiri; tahu penat lelahnya nak kumpul duit sara diri...fuhh, memang tabik spring ar kat parents sendiri. Diaorang kerja kuat to build this family.

         So yeah, aku tak tawu dah kenapa aku even write this post. Just a piece of thought and reminder so that korang hargai your parents.  Jangan pernah lupa ;

" As we grow up, never forget that your parents are growing old too "

160808
0020 MY

Remember ...

        Kekadang aku saje je tenung henpon ni lelama. Why? Cause I'm waiting for your name to pop up along with a text. Even a simple one. Even a simple regards from you could made my day.

      Crazy tho how fast things changes. From a simple Hello , an everyday texts, to a love quotes and a phone calls.

         Sedar tak sedar , it has been 3 years . You were there through my ups and downs.

Sometimes we act all awkward.

Sometimes we act all lovey dovey like a lost little pups.

Sometimes we fought for a meaningless things.

Even sometimes..we just..talk. like any normal people. like a best friend. share all those midnight thoughts. flirt and teases.

Remember when you called me just to hear my rambling?

Remember when I called you just to hear your voice?

The day you called me for no apparent reason. and when I ask you to sing random songs while I did my assignments.

Or when you called me ; knowing that I miss your company.

Never thought that I would get this attached to you. I swear that I'm not a clingy person. But when with you, it's a different thing.

Trust me. I've been asking myself everyday. why him? Do I even realize what type of path I choose?  The risk?

Uncertainty.

But hey, I was born a fighter . Hahaha. I'll fight for what I believe. even if it's seems unreasonable or how imaginative ny dreams are ; I would still choose to believe in our path.

See you when we're better for each other. for now, keep chasing your dream as I did the same.

p/s : Dear awak, kumpul duit sesiap ea. Kot la ade jodoh & rezeki, awak kena siapkan bas untuk rombongan ke Johor nanti. Kehkehkeh. Take care wherever you are.

160806
18:28 MY

Melepaskan

Cc : Telegram Usrah Santai

Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi.

Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita.

Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang.

Menyayangi tidak semestinya memiliki. Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung”

Ya, menyayangi tidak semestinya memiliki.

Dulu, saat hati sedang berperang dengan perasaan, seringkali saya pertikaikan.

Kenapa nak lepaskan kalau memang kita dah sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa. Kenapa kita nak biarkan dia pergi ?

Tapi hari-hari yang berlalu buat saya makin faham kenapa semuanya berlaku.

Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia ? Kenapa nak terus biarkan kebahagiaan dia terkubur mati?

Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu.

Tak semua orang mampuikhlaskan hati.

Kita cakap “Bila dia bahagia, kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita.”

Kalau ikhlas, kenapa masih menangis?

Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia? Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia? Hanya kerana satu sebab.

Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha.

“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”

“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”

Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya.

 

Kenapa takut untuk ikhlaskan perpisahan itu?

Kenapa takut untuk redha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allah. Janji Allah itu pasti (:

Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun-tahun.

Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku.

Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan. Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.

Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya.

Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia. Terluka.

Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.

Tapi sampai bila?

Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu.

Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu. Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.

“Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”

 

Jika terus hidup bersama kenangan, memang mustahil untuk kita lupakan dia.

Move on. Ubah cara hidup kita.

Kalau selama ni kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah.

Luahkan segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita.

Sampaikan segala isi hati kita yang tak mampu kita luahkan pada orang lain. Allah tak pernah tinggalkan kita.

Hanya kita yang alpa dan terleka.

“Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirinkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.

Dalam hadith kudsi Allah berfirman;

Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”

 

Manusia akan pergi tinggalkan kita juga walaupun sejuta janji manis yang dia berikan.

Walaupun segunung harapan yang dia berikan.

Tapi Allah tak pernah begitu. Allah sentiasa ada untuk hambanya.

“Siapapun yang kamu cintai kelak akan berpisah denganmu. Cintai Allah SWT, yang tidak pernah meninggalkanmu.”

“Sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar. Ingatlah Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita. Dia tunggu. Dia rindu.”

 

Cerpens : Doa

Nafas berat di hela. Cermin mata di buka, tangan perlahan-lahan mengurut pangkal hidung. Letih. Jam meja dikerling sekilas. Hampir 2 pagi.

           Allah. Entah berapa lama dia berteleku di meja belajar ini. Buku- buku yang berselerakan di susun seelok mungkin. Cukuplah untuk bekalan exam esok. Ye, esok hari peperiksaan. Dan dia masih belum tidur. Harapnya otak tak jammed je waktu peperiksaan berlangsung esok.

            Tuala di capai lantas dia berlalu ke tandas untuk mengambil wudhu'. Sampai ke bilik, sejadah di bentang, telekung di capai. Penampilan di rapikan agar aurat kemas tertutup. Takbir di angkat.

     AllahuAkbar !

             Usai solat, tangan di tadah . Doa dipanjatkan buat kedua orang tua yang jauh di mata. Juga buat diri yang sedang menghadapi final di bumi jelapang padi ini.

              " Ya Allah, cekalkan hati ni untuk menghadapi hari hari terakhir di negeri ini sebelum kembali ke negeri asal ku. Kekalkan motivasi diriku untuk buat yang terbaik dalam peperiksaan kali ini. Kau lapangkanlah kegusaran hati ni. Sampaikan rindu ni pada si dia . Doa ku, moga dia di sana sentiasa dalam lindunganMu. Permudahkan urusan hariannya. Amin. "

           Tangan di raup ke muka. Terasa hangat pipi dek titisan air mata. Sebu rasa hati menahan rindu. Telekung di lipat rapi sebelum melangkah ke arah katil.

            Pusing kiri. Pusing kanan. Haishhh.. ngatuk tapi tak boleh tidur. Di pejam mata, pura pura tidur. Tak menjadi. Otak seakan masih ligat berfungsi.

            Alunan music menyentak lamunan. Smartphone di penjuru katil di capai. Melihat nama pemanggil sahaja sudah cukup mengukir senyuman di bibir.

           " Assalamualaikum awak.. "

           Suara yang dia rindu. Pantas saja salam di jawab dan seterusnya saling bertukar khabar. Mata yang letih menghadap nota terasa segar dek hanya kerana satu panggilan sahaja.

            Bila dua hati saling merindu, salurkan melalui doa. Biar tak bertemu, namun doa menghubungkan. biar Allah yang sampaikan rasa kasih itu.

       * Sayang dalam diam ,Doa dalam diam *

Cerpens : Pergi

               " Jaga diri. "
               " Will do. "

          Talian di matikan. Mata masih merenung smartphone di tangan. ' perbualan' ringkas sebentar tadi kembali terngiang-ngiang di hujung telinga. Terbayang raut wajah si pemanggil. Kaku. Beku. Expressionless. Duhh..air muka kosong.

            " hoi.. termenung! " suara sergahan berserta senggolan di bahu menyentak tuan diri ke alam nyata. Bahu yang terasa sengal di usap perlahan.

             " mana ada. Berfikir je.."balasku acuh tak acuh. Pandangan kembali di lontar ke sekeliling, memerhati gelagat dan ragam lautan manusia di KLIA  ini.

             " elehh..ye la tuu..dia call ke?"

              Cawan yang berisi Cappuccino di sambut dengan ucapan terima kasih. Kepulan asap kecil yang terbit dari permukaan cawan di tiup perlahan- lahan. Hanan melabuhkan duduk di sebelah.

            " ha'ah tadi..ade la pesanan ringkas sikit. "

            " berapa ringkas 'sikit' tu? " soalnya lagi.

            " as in , jaga diri .." balasku bernada soalan. Hanan tepuk dahi. Aku hanya mampu tersenyun sumbing melihat aksinya.

             " ya Allah. Dia call just to say ' Jaga diri' , tu je? That's it? Takde ke ' gonna miss you baby ' . ' saya akan rindu awak' ke? " soal Hanan bertalu talu, bagai tidak percaya dengan apa yang di dengari nya. Aku tersenyum sumbing.

              " like you don't know him. He's your twin, for the matter of facts . Macam tu je la. That's just....him." kami tergelak kecil.

               " right. Almost lupa that he's my twin. Haishhh..the copycat of robot with zero emotion. Ish..dah lah last minute cancel nak datang hantar kau pergi ni.. " Hanan selamba mengutuk . Tergeleng kecil mengenang fakta yang satu itu.

              Minda bawah sedar mula membayangkan figura insan yang menjadi bahan perbualan mereka. Pemuda tegap tinggi lampai , berkulit sawo matang , air muka yang tenang. Tu masalahnya, sentiasa tenang. Terlalu tenang. Sehingga tidak terbaca emosi dan pemikiran si pemilik tubuh. Zero emotions. Nay. Nada. Nothing.

              " yepp..that my dear, is Fakih Haikal. Your twin. " sindirku.

              " ahh , your fiancé ek Cik Naura " balas Hanan. Spoil mood. Lupa pulak that copycat of robot tu tunang sendiri. Haiilaa....

                  --------------

Panggilan pertama penerbangan ke Osaka membantutkan lamunan. Bingkas aku bangun membetulkan baju dan menggalas beg. Hanan di sebelah hanya memerhati.

            " sempat lagi weyh kalau kau tukar fikiran.." luah Hanan perlahan. Hampir sahaja tidak kedengaran dek riuhnya suasana sekeliling. Aku berdiri tegak di hadapannya. Senyuman kecil diukir buat sang sahabat merangkap bakal adik ipar.

            " Kalau dia ada kat sini sekarang, mungkin aku akan tukar fikiran. But no, he's not here. Dua tahun je weyh..habis je Master, aku terus balik Malaysia. Don't worry, okay." Hanan aku tarik ke dalam dakapan.

             " janji kau jage diri elok2. Jangan skip meals. Makan ubat kalau sakit. Pilih kawan elok2. And do promise me one thing,  Naura ? "
Pelukan di rungkai.

              " janji apa ? " soalku aneh.

              " balik semula ke Malaysia. apa pun jadi, do come home, okay? " serious wajah Hanan tatkala merungkai kata. Aku tersenyum nipis.

               " Jangan risau, Hanan. Sampai masanya, aku akan balik.. "

                 Usai berpelukan buat kali terakhir, aku melangkah ke balai berlepas dengan azam yang baru. Lambaian Hanan aku balas dengan hati yang sayu. Pantas tubuh ku pusing membelakangkannya. Air mata yang bertakung di tubir mata aku seka perlahan. 'Kau kena kuat, Naura ! ' bisik kata hati.

                 Hati kecil bagai ditarik-tarik untuk menoleh sekali lagi. Bagai ada magnet yang menggerakkan tubuh untuk berpusing.

                 Ya Allah, it's him !

                  Membuntang mataku melihatkan susuk tubuh yang amat aku kenali. Di satu sudut yang agak tersorok dari pandangan mata ramai. Tipu kalau kata perasaan gembira tu tak ada. He's here. Tapi jauh. Hanya mampu memandang satu sama lain. Wajahnya sayu, sesuatu yang baru untuk aku lihat hari ini. Entah bagaimana pula mimik wajahku.

                    Hanan yang mengekori arah mata ku juga seakan terpaku dengan kehadiran abang kembarnya.

                Perasaan bercanpur baur. Hati berdolak dalik. Ya Allah, tetapkanlah hati ku ini!

                 Nafas di tarik perlahan, meredakan kegusaran hati. Senyuman manis ku ukir untuk si dia sebelum berpaling ke hadapan. Langkah kaki ku atur kemas , menuju sebuah permulaan hidup yang baru.

6 ft underground

Salam alayk dear ,

           Have u look at the picture attached to this post? Kalau tak gi tengok dulu.hiks.

            Hari tu tengah sidai baju while listening to a qassidah shared by my dearie sister , Qad Qaffani Ilmu Rabbi by Hafiz Hamidun . It was a lovely day, bright sunny day macam biase. Then entah kenapa tergerak hati nak dongak an, since I heard burung berkicauan. Takut lah gak kita dah penat penat nyidai, dia buat toot toot plak kat baju kat ampaian . ( it happened once ok ! )

            What I saw is exactly ape yang ade dalam gamba tu. I was just thinking,  more like terdetik lah. What a nice day today. ( Alhamdulillah !)  And I'm still finely breathing while someone on the other side of this world is taking their last breath. ( again Alhamdulillah , thanks to Allah for the blessing He gave to me ) . I could watch the clouds moving , the sun shining , the very finely creature created by Him  while someone on the other side of this world is taking his last sight. ( Alhamdulillah for the blessing )

              I don't know. Mase scrolling down photo tu semua ( I took a lot even almost similar pun each pictures tu ) tetiba terpikir la.. is this how it looks like..pemandangan 6 feet underground ? You know, bila jasad di turun kan keliang lahad perlahan lahan..is that what it's look alike? Nampak langit lazuardi..sahabat handai, kaum kerabat mengelilingi pusara. Some might cry. Some may not. Hopefully doa2 terbaik dititipkan kepada kita. Allah, tetiba rase sebak kat dada.

               sebab ajal tu tak mengira usia dan pangkat. Bila tiba masanya, kita akan kembali kepada Sang Pencipta. Tak terlewat mahupun terawal hatta sesaat pun. moga kepulangan kita kita ini adalah kepulangan yang dinantikan para malaikat dengan amalan yang mencukupi sebagai bekalan.

                Hmm..lately Ibu dengan Ayah dah bunyi bunyi pasal jodoh dan perkahwinan. In nature kot sebab diorang pun kahwin usia muda. Even tahun ni je 4 of my cousins yang akan bina masjid , InshaaAllah , moga urusan mereka di permudahkan. The one yang paling rapat umur dengan diri ni pun dah selamat ikat tali pertunangan awal tahun ni. Hiks. Tahniah Abang Awin.

               Err..melalut lak. The point is, I don't know which one comes first. Jodoh dengan ajal atau jodoh sesama insan ? kalau jodoh dengan insan, ready dah ke diri ni nak pegang amanah baru di bahu? Kalau jodoh dengan ajal, haaa ni risau...khuatir amalan tak cukup je nih.

                 Pernah cakap dengan Ibu, " kalau jodoh kakak dengan ajal yang datang dulu..macam mana? "

                  " ibu sentiasa doa biar ibu yang pergi dulu sebelum kakak. Supaya kakak punya banyak masa untuk capai kebahagiaan , kebahagiaan yang kakak berhak dapat dari dulu lagi. "

                 Selalu suka berborak dari hati ke hati dengan ibu. Masa tulah nak selami hati seorang ibu yang membesarkan anak dara degil dia nih. Hahahaaa..ok taklah degil mana. ( Tipuuu !! )  menangis dengar ibu cakap macam tu. Waktu tu memang takde suara na balas ape dah. Hilang segala ilmu perdebatan , cuma mampu menangis kat riba je. ( suka baring kat riba ibu !!! )

            Kalaulah ibu tawu, I don't know how to live without her. Kat sekolah mungkin cikgu ajar the multiplication , deductions , integration. ..tapi diorang tak pernah ajar manually how to live without you, Ibu. Idk even if I can. Sebab tu dalam sujud, whenever,  I pray for ur health better than mine.

* sigh *

           This post memang totally a piece of my mind je..so kinda serabut isi nya. But whatever it is... dah bersedia kah kita sekiranya jodoh menjemput? Either jodoh dengan insan mahupun jodoh dengan ajal. Think *

      xoxo - zatul
          0402 hr
Another sleepless night

Ignore me

Assalamualaikum wbt

             It's a study week a.k.a minggu berkubang for budak2 nak final macam aku nih. Keluar bilik pun hanya ke toilet dan kafe ( tu pun kalau perut dah berdondang sayang lah..) kalau tak memang..you won't see me walking around aimlessly. Jadual tidur pun dah lintang pukang. Malam jadi siang, siang jadi malam. Hmm..

Q : like seriously zatul, kau tidur pukul bape?

A :Naahh..empat pagi  * krikk krikk krikk *

Q : err..tu paling awal ke paling lewat tu?

A : that's my dear, of course lahhh.... paling awal. * cough cough *

Q : paling lewat ? * buat muka annoyed *

A : hmm..lepas subuh kot..hehee * garu kepala *

        Yeayyy..jatul dah senget ! Urgh..I tried ok na study siang like others did. Fuhhh..tido awal pkul 1 pagi *ehem *  bangun study lepas subuh
..ye anak2..lepas subuh... pukul 7 dah menyangap ( for non-Johorean, pliss menyangap here means menguap !! ) pukul 8 dah terbongkang atas katil * krohh krohh.  So conclusion , jatul tak bole study pagi.

Q : abes lecture pkul 8 pagi tu rileks je pegi ?

A : owh..tu minda bawah sedar..sekejap tido..sekejap sedar * kahkahkah *

          Bad bad bad attitude jatul. Macam mane sebelum pukul 7 kau dah terpacak kat gate sekolah rendah dengan menengah dulu pun aku tak tahu lah. Gone gone the oldself of Izatul Farahin Azman. Heck !

      So, bila takde keje ( lebih kepada kau dah bosan study .....) jatul suka amek gamba. Hobi jatul selfie. Tapi dia malu upload public. So dia upload kat blog sebab jatul tawu takde sape baca blog dia...hahahahaa...ok bye.

Have a nicer day than mine fellas.

Muahh ciked ( strictly for girls only )

xoxo - zatul -

Annual Dinner 15/16

Assalamualaikum..

        Fuhh..makin rajin buang masa kat blog ea. Tak sedar diri na exam.wkwkwk.. ok so, this is the last event for pdt-ers (probably ) sebab our spdt was unofficially di bubarkan. But we already sent a permohonan untuk tarik balik pembubaran spdt because this persatuan are meaningful especially to us, pdt-ians.

       Cut it out, just enjoy the night and moment while it lasted , kan?

           Event  : Annual Dinner PDt  15/16
           Theme : Black & Red

Hari Jubah

Assalamualaikum wbt

           Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi sebab bagi aku peluang merasa pakai jubah convo. Hahaa..even if its not that formal , the least dapat jugak merasa pegang scroll, naik atas pentas walk with big smile bila nama di sebut. Allah je tahu rase dalam hati tu. Undescribe-able.

           Semua orang pernah ada zaman jatuh bangun dia. So do I. Untuk berdiri atas stage, bertukar sepatah dua kata dengan Tuan Pengarah sendiri, was beyond my imagination. and Alhamdulillah,  I've done it.

            Ok enough merepek. Thank you for those yang selalu ada during my up n down. Family and friends.  Bro's and hoe's..hahahaa.. sesiapa jua yang datang dan pergi dalam hidup aku. Yang masih stay, terima kasih. Yang dah berlalu pergi, aku harap korang patah balik. Hahahaha..ok tak. Aku harap korang bahagia selalu. All of you had taught me 1001 perkara. Life lesson learnt well.

Thank youu...

P/s : kembang semangkuk bila Ibu Ayah cakap bangga sebab anak dia yang sorang tak pernah putus usaha bila di uji Allah. Itu lagi penting. Hiks.

Friends

Assalamualaikum wbt..

            Alhamdulillah ! Itu je mampu ucap bila teringatkan diri ni selangkah lagi menamatkan zaman Matrikulasi. Susah senang jatuh bangun tergolek sepanjang berada dekat dalam programme ni, Allah je tahu. Dia titipkan pula insan insan yang sangat ohsem , sentiasa di sisi menyokong diri ni.

           InshaaAllah, hujung bulan April ni , dah boleh pulang ke kampung halaman ( eceeewahh) hahaha..kali ni, return for good. Tamat pengajian , InshaaAllah. So before that ;

Dear friends,

         You guys might or might not read this but know that I am so..o glad meeting y'alls. Korang brings out the good and the bad side of me. Hahaa.. there are times we fall into an endless arguments, fights or misunderstandings.  There are also times, where we all sit and consoles each other like brothers and sisters. There are times we act all awkward and there are times we burst out laughing like a bunch of hyenas.

           Each and every single piece of moment we shared, we created , we painted with rainbow of colours...I'll savour it till in my deathbed. lepas ni, we might or might not bump with each other.  Even if so, entah waktu tu kau ingat aku lagi ke tak or vice versa. no matter what, stay positive. Stay safe wherever  you guys are after these. Know that korang sentiasa ada soft spot in my heart.

            Nizam ; for being an awesome guy in class. I adore your leadership and sometimes your lame jokes pun bole buat aq gelak walau aq tengah takda mood.

            Adzhar ; for being an awesome study partner cum partner in crime bab mengusik khalida. For being my source untuk aku carik movie baru, anime baru.Hahahaa..you save me from kebosanan namateyyy living here.

             Khalida a.k.a my panda laut ; now now...we've gone through a lot lately. gaduh? Countless times. Menggila? Hahaa..tak pernah nya tak..being with you open my eyes to a new perspective of life yang tak pernah aku terfikir wujud. You taught me that physical doesn't limits your ability. discover as much as u want. Aku doakan kau sentiasa dalam lindunganNya.

               Azie ; hai jiran bilik. Thanks sebab selalu ada time aku nak share story. Selalu ada waktu aku hampir na rasa give up dengan study. tengok kau, buat aku bersemangat nak study. Hahaa..mgkin sebab permulaan kita dekat kedah ni atas sebab yang sama (you know what I meant kann ) kita mula sama2 dari zero to one of the best students,  listed on dean list and the list goes on. Thanks jugak jd travel partner aku during our escapism tu.

                Farah @ paghah gojes ; I couldn't stop laughing. Tak tawu kenapa kau suka sangat nama gojes tu, but, tbh it suits you well. Thanks jd partner travel during our trio escapism tu. Eventho kau agak jakun nampak itu ini during escapism kita tu, butnit was fun. Totally a blast having u there with us. Aku tak pernah excited na naek banana boat tu tapi sebab kau...aku layan je and yesss it is funnn. Thank you.

                 Yusha ; hai bakal cikgu?! Hahaaa..terus terang I kinda awkward sikit with you sebab yushaaa baek sangat, lemah lembut..fragile. zatul selalu risau kalau tersinggung ke ter-anything lah that could harm you. Tapi zatul tawu yusha sangatt tabah and kuat orang nya. Rajin dan cantik pulak tu.hehee..terima kasih jadi kawan yang baik dan kawan gosip yang baik jugak.hiks.

                Nuyu @ kak long ; oi...hahaa..for being an awesome friend I could ever asked for. Sumpah memula kenal aku tak caya kau kelantanese..cakap memang keyyel abes.sekali kluar loghat kau, ternganga jap aku. Hahaa..the moment menggila dengan kau, ber selfie dengan kau, mencarut karut marut dengan kau..hahaa..basically kau dah macam kindred sisters aku dah. Beza negeri je la.hahaa..

                 Sarah @ saloma gombak ; for being am extremely active person in class.kau dah macan adik yang aku selalu mintak kat parents aku tapi tak pernah dapat.hahaa..your energy vibes a positive impact on me. Even time aku tengah moody, kau yang ceriakan suasana..dan kau mudah terhibur.

                 Adda @ wonga ; for being a friend.  A good friend. kawan bergosip sometimes. kawan study.kau hiburkan aku dengan lawak kau even hambar pun sebab, what can I say? Aku pun spesis mudah terhibur. Thanks a lot.

                 So guys, thank you for the endless memory we created for the past a year and half we met and get to know each other. Do keep in touch as much as possible. aku doakan kita semua berjaya dalam apa jua bidang kita ceburi lepas ni.

                From the bottom of my heart , I sincerely apologize for any mistakes I ever did, any words that cut through ur heart, any actions that makes you guys hated my gut. Aku sayang korang ketat2. Muahhh cikedd. ( girls only ! )

K1M1T4 KolejMKedah, Changlun.
Year 15/16

final's week

Assalamualaikum....

                  Its been a hectic week for me sebab dah masuk final week of my third sem...paper English, maths and chemistry pun dah lalu dengan.....dunno how to put it in words but alhamdulillah la there's effort in it. Tho I couldn't say I'm quite satisfied enough with my performance last week tp..boleh la.. usaha dah. Paper pun dh submit now let's just keep the du'a. Based on talk last week, tawu ramai yg slightly disappointed with their papers tapi...weyh aku pun rasa nak breakdown kot ngadap paper maths tu. Ai is seteghesss (if u could pronounce it *hiks* )

                   Balek lepas exam tu solat asar, terus tidur kot. Yepp, memanglah tak elok tidur lepas asar but then...otak rasa sumpah penat. So call bonda tercinta luahkan lah rasa di hati..sekejap je bape minit lepas tu dia suruh tidur jap. Tenangkan otak sebab esok ny ade paper favvy aku. English!!!!!! Essay plak tu. So tak nak lah jammed kepala tu while writing kan.

                   Anyway, paper tu pun dah berlalu and few days break before another two killer subj which is pijik and Bios-logos...( what the heck is dat? ) hehe...naah.. Physics and Biology. the truth,  aku tak suka sub bio sem ni. Aku kena blaja pasal system kitaran oxygen pyruvate dan lain2..hailoo...na buat acane.. sis kenot merungut meyh...

                  Aku tak suka minggu exam. Hehe..sape yang suka kan. Sebab takde kelas, mood study pun ke laut china selatan, di tambah angin monsun barat daya...hati sensitif terlebih.urgh, hormones kick in time2 macam nih la.. satu lagi problem is when exams week tu lah aku akan demam. Not that usually demam batuk selesema dua tiga hari or seminggu..ni dia punya demam tu kekadang sebulan. Tu waktu spm...that's the wirst moment sebab sampai kena warded sebab doktor takut kes demam denggi..ye la..demam dekat sebulan before spm...tapi naseb baek lah takde mende berat pun..waktu na jwab exam tu kepala tak lah rasa berat sangat..tapi selesema and batuk tu ye ar..

                And I've been in the same condition for a week now, suara pun hilang dah ni...cuma malas nak g klinik lah. Ibu pun ada bekalkan ubat sebab dia tahu anak dia ni pelik sikit kalau na exam..hehe..so bekalan ubat enough for me to survive another few days...abes paper phys rabu depan..malam tu dah gerak balek johor.

Wohoooo..!!!! * shuffle *

             Cehhh...ber-shuffle sangat.. kah ! I've been missing home like hell.. dah dekat dua bulan tak balek and I'm totally miss my bed. My comfy bed. My best buddy which is my bed. Mwahahahaa...and all my teddies ( 0.o) oopsss...hahahaha.. my fluffy teddy bears delat rumah tu..alahaiiii...sebab masuk kolej ni cuma bawak sabijik je..lain lain tinggal ayah tak kasi bawak. Actually yang satu ni pun dia tak bagi bawak..tapi aku songlap je dalam beg masa balek cuti sem 1 doluuu doluuu..ai kenot la tido hugging nothing. hehee...

             Well, so this is my last weeks on third sem. Naik cuti nanti, in shaa Allah will be my last sem in kolej kedah ni..owh, right. Tak lama lagi pun nak kena isi upu so ibu dah strictly cakap mohon dekat dekat rumah je. Tapi memang I'm begging for jauh punya lah..UMS sounds good tp tu lah.ayah kata nak exam jangan melalak pulak tak boleh nak balek and I was like...uh ohhh..tak terpikir lak. Ok fineeee... so antara UTHM dengan UMP lah paling dekat pun...urm..

              So that's it for now. Kena bukak buku gak an ulang kaji. Boooo-byeee!

1821hr
zatul


Just a piece of thought

Assalamualaikum...

        Have u ever wonder what your future will ever be? I did...a lot actually.  I keep myself updated about work opportunities,  freshly grad students,  courses that are too common yang kalau kau grad nanti wallahi banyak sangat persaingan bila nak carik keje. Yes, rezeki masing masing Allah dah tentukan. But then think, takkan kau nak duduk rumah lenggang kangkung tunggu surat tawaran keje datang bergolek depan pintu umah ?! Nope.. absolutely not. at least nak lah bila dah grad nanti kau tawu where will you heading off to find keje.. I knew that some of us was born with a silver spoon on their mouth, hence, they did not have too worried much about feeding themselves or finding a job. (Sorry if I'm being too judgemental )

              Let's face it. Thousands of student graduated each year , either from ipta/s , forget not to mention with a good record,  high cgpa , dean lists each semester perhaps.. but not all of them were guaranteed with works. Some of them had to struggle so hard to find one that suits their field. Some of them either have to work out of their field of study or left work-less , menganggur tanam jagung kat rumah. I've seen it. Contoh are among my family member sendiri kott.

               Takut ? Giler ar tak takut when u had struggle macam namateyyy ~~ kat uni , matriks, elementary , secondary school ...keep up good cgpa , aktif in sukan and bla bla bla ~~~ name it segala usaha what not just to keep ur record...abes blaja lepak gitu je kat rumah. Untung sabut timbul ar kalau kau ada kebun even sekangkang kera pun nak usahakan buat buat carik pengalaman . Kalau yang ada motivasi tu dah tak ingat sijil dalam almari terus usahakan berbakti pada tanah sampai berjaya. Tapi tu lahh..tak nak lah membazirkan usaha for years , sijil kelayakan ape semua tu untuk bidang yang out dari apa yang kita dah belajar. Nak pikir hutang pt nak kena bayar tu pun sakit gak.

                Other, harga rumah sekarang bukan macam dulu. Ye laa, yang duluu ~~~ bukanlah yang sekarang ~~~  siapa tak teringin nak ada rumah sendiri. Nak cuba bina mahligai sendiri , terutama yang lelaki. Sekarang ni ramai dah anak muda bina masjid  awal. ALHAMDULILLAH...di harapnya berkuranglah kes kes maksiat dll. Perempuan nak kahwin dia tengok : 1) Rumah sendiri  2) kereta 3) simpanan . Well, first thing first memang lah dia tengok akhlak. Kau tak tengok pun , Mak Ayah mesti titik bertakan soal tu punya. Mana ada parents na bagi anak dia kawen dengan lelaki yang tak baik. ( ikutlah definisi tak baek tu macam mana .masing 2 punya pandangan )

              " Eleh perempuan sekarang materialistik.."    *BOOO

               Dude, takkan lah dah kawen nak duduk rumah parents kau kot? Kalau wife kau jenis bangun pagi, siapkan sarapan , buat kerja rumah tak pe weyh. Kalau yang pesen bangun lepas matahari tegak , lapar pun suami kena bungkus nasi kat mamak. Nak duduk serumah dengan mertua. Kemon lahh..mawu perang dunia. Kalau lelaki pulak nak jadi imam solat pun teragak- agak bacaan..ingat ayah si perempuan tak jeling menjeling?  Bila kau ada rumah sendiri, at least nampak lah diri tu dah bersedia nak tanggung anak dara orang. Dah sedia na tanggung dosa isteri, perbetulkan diri dan isteri dan lain lain tangungjawab lah kan.

                 Honestly,  I had this type of conversation dengan my cousin yang nak kahwin dah in shaa Allah,  March tahun depan. Yes, dia a guy yang berusia 21 tahun and bakal zaujah dia pun sama usia. Dia kerja biase je bakal isteri tu pulak cikgu tadika kanak2 istimewa . So bab akhlak bakal isteri tu alhamdulillah lepas dah ujian keluarga. Dia pun ada kerja tetap jadi cikgu so tak lah terlalu bergantung pada bakal suami which is my sepupu nih. As for my cousin ni pulak, dia keje biase 2 je..tapi alhamdulillah dah start kumpul simpanan, dah ada kereta sebijik. Rumah je tengah usahakan tapi future wife dia tu insist nak diorang duduk dengan mak sepupu aku ni. Sebab sepupu aku ni anak lelaki bongsu. Manja. So , si perempuan ni beralah la duduk dengan mertua. Hubungan diorang pun akrab. Tak timbul masalah lah kat situ.

                 Lain, everyone had their own passion in something. tak kiralah cars, perfumes,  clothes  et cetera.  shopping pun mestilah nak merasa keluar duit sendiri. Serious tho, nak sangat one day bila keluar shopping dengan parents then bole cakap ;

" Beli lah ,ibu ayah, kakak bayar.."

 One fine day , one fine day ...

                 Nak ada source of income yang kukuh supaya bole ucap ayat tu everyday, supaya bole bawak ibu ayah wherever they wanna go, kalau dulu tengok ayah drive je , kita ni duduk kat sit belakang tied with seat belt. Nak lah one fine day, ibu ayah pulak jadi mem besar kat belakang , kita pulak drive untuk diorang just to see their smile. Wanna see them enjoy the journey while I'm driving.  One fine day....


       " One fine day ..."  my charm . Kalau terdetik something and I set it as goals for future. in case kalau tetiba rasa down then I'll whisper that to myself to boost my confidence back.
Think about the future.


 One fine day...

Que sera , sera
whatever will be , will be

20/10/2015
0150

Not the usual thing tho..


                      Heyya bebeh..wakakaa..like seriously i have been stop my daily activities since like a years ago. erm, dah lama dak buat blog-walking. few things happened for the past few months which needs my far most attentions. eceh ! hahaaa..not that anyone would read this but yeah, being betrayed, hurts in so many level by those whom I recalling them to be 'once-upon-a-time' friends. Not that only, recovering from a so-called break up stuff , merely changed me in the way i used to be ; once before. bunyi macam sumpah stuck-up dengan relationship an. kah! ade lah sikit. well, what do you expect? I'm nineteen yo ! next year dah 20. next next year dah 20++ . Imagining that makes me !@#$%%^&@$ ...!!!

                      Ibu pernah cakap that I need to exposed myself more. means, in a way of making more interactions in life. tapi masalahnya anak dia yang seorang ni hat pemalu tegar! (Eh yeke ?) hahahaaa.. believe me I'm that kind of malu-malu kucing . haa giteww.. but only with strangers. eh tak! tengok situations and the type of person yang aku jumpa. tapi kalau dapat yang se-kepala , geng layan je kepala masuk air aku ni. tok sah cakap la weyh, dari A to Z , boleh berborak . tapi ada limit stuff la. things that way far from revealing any part of my dark-side ( sounds like a bad girl , am I ?) ehe!

                     So , kebetulan this one account which I won't mention of course was looking for a new sort of currator. nak kata admin pon boleh ar gak. deciding to polish my interaction skills ( based on what my mum said I'm lacking of) aku pun cuba-try-test lah menawarkan diri being part of the team. hell , yeah ! they welcoming me well ! *dance,dance,dance* memula tu gila gabra namateyyyyy!!! Yella, heck u need to cover ur so-called identity. kena currate ; in package that bagi nasihat. No ! salah ayat. maaf. Sharing tips, discussing topics, dan lain lain yang berkaitan students thingy-mingy semua tu lah. 

                 Bukan nak puji diri sendiri ( erm, be humble ok !) I'm getting better tho. boleh la nak layan perangai few followers account tu yang macam macam karenah. seronok sebenarnya. scared too in a few things. gila kau ada yang usaha sesungguh trying to figure out who am I. nak nak when they knew that I'm just one of their college-mates. probably, I had just walking pass them. hahahaaa.. lagi haru biru when one of follower tegar that account is kawan kuliah aku sendiri. hek! i think he already figure out who am I. or at least , mungkin dapat tembak few people cuma tak berapa nak specific. kot la...

                 Dah la tadi tengah berlatih menari kat astaka, tetiba la si polan bin si polan ni memunculkan diri with the gang! God, haru sekejap nak pegang handphone pun ketaq tangan. hat tara dia diri sebelah tu, coz at the same time tengah interact dengan follower account tu, rasa lah nak campak phone tu lelaju. hoping that polan bin polan tu couldn't figure it out ! hahaaa..sebab kalau aku terbuat lawak hambar tu tak ada lah nak malu sangat coz no one knows siapa currator ter-buat lawak super vangang sesaat tu. but so far, tak pernah lagi lah kes lawak hambar cipan tu terjadi lagi !

                 Not the usual thing I would preferably to do kan untuk kenal orang keliling, the struggle they faces, that kind of dilemma in choosing way of life dan bla bla bla. dari situ i knew that basically, kitorang having the same difficulties cuma in different level of life. kadang kadang tu soalan yang di beri agak mencabar jugak lah sampai termangu seketika nak balas. 

                 Kesimpulannya, tahap mana pun kita rasa susahnya dugaan in life yang tengah hadapi. trust me that in some part of this Earth, someone is facing the same situations. perhaps at the same time too. never felt that u r alone when everyone is there cuma macam apa yang my mum cakap; tak kira berapa kali or berapa ramai that hurt you so much to the level whereby you think of ending your life. NEVER DO THAT !!!  as there are those whom care about you. might be your family, true friends, or anyone we never thought of sometimes we could rely on them. paling padu you have Allah 24/7 - forever ! nak mengadu? amek wudhu , tadah tangan , berdoalah ! tak sampai sepuluh minit. but if the burden was too much, take your time telling The Almighty everything you can't tell to any one else. He'll listen to each and every words you would say. note to myself to.

                   Gotta excused myself for now. chiaoo!! 

Practiccum SIC P4

Assalamualaikum. .hye alls
Haven't updated my blog since a while longer. .
Alhamdulillah. .still in process of suiting myself with college lifestyle. .
Haven't improve that much but more or less..
Everything happen to be in it's own place..

Timetable kind of hardly to be followed. .
Few things might came up in the middle. .
As in kena jumpa lecturer for some advices nor tips..
Kena skip meals nak kejar study group which I found didn't really help me up..
Mungkin sebab I'd never ever joining any group discussion. .all this while, study by own even duduk sebelah menyebelah dengan besties..

Woww..even dah di tetapkan practiccum group. .
Well I'm in SIC P4..
There's a few yang changed their courses causing a new timetable has to be done..
Same goes to practiccum group. .
Akan di rombak and Allah only knows my feeling..
Eventhough baru 3 weeks be with them (my practiccum-ers) .. rase bonding tu kuat giler..
With only 3 putera's and the rest 9 puteri's..
Kitorang still boleh get along like we have known each other since born..
If u guys read this. . I'm thankful to be with all of u..
Even ade yg akan change to others practiccum, and tutorials group. .
Do keep in touch in WhatsApp ya..

-amin-isma-udin-
The Putera's

- zatul - muba-iqa-Shaf-husna-suzana-zue-tasha-
The Puteri's

Ahaks..I'm a bit emo plak midnight nih..
Lupekan..speaking bersepah pulak tu..
Just share my days here..
Making friends with the LOL person ever..

The future doctors and engineers are here..
We are those who will fight for DR. (Doctor) & IR. (Engineer) in front of our name..
in shaa Allah. .ameen for us..

Ps : 4 flat in shaa Allah. .pray for us..
No, pray for all KMKt_ers..
Kolej Matrikulasi Kelantan. .

posted from Bloggeroid

PERKAHWINAN : Cara Melayu @ Cara Islam??

KAHWIN CARA MELAYU ATAU KAHWIN CARA ISLAM?

Apa yang ingin dikongsikan adalah sebuah artikel yang menarik tentang perkahwinan muda mudi. Ini adalah kisah seorang gadis yang berfikir di luar konteks minda masyarakat Melayu sekarang.

SYABAS buat gadis tersebut dan suaminya!!!

Ia menceritakan bagaimana seorang pelajar perempuan tahun akhir di sebuah universiti yang hampir membunuh diri kerana tertekan setelah ditinggalkan kekasihnya. Kemudian beliau mengubah kehidupannya serta-merta menjadikan beliau gadis yang paling bahagia di bumi Allah ini dengan perkahwinan di usia awal.
Mungkin berguna sebagai motivasi diri di kala sunyi dan dibuat sebagai IBRAH bersama.

BACALAH!

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar.
Jadi, mengapa berkahwin?

Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar. Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang.

Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi. Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali.

Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

# Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya.

Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki?

Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi. Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin.Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada?

Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang. Bagaimana pula HUKUMnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding?

Fikir2kan lah sendiri...

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama.
Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500.Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang. Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah.

Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu. Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram.

Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama. Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda.

Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya. Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian..bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan. Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa.

Berkahwinlah!

Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.”
(Surah Ar-Rum, 21)
*

Betul tak apa yang dia kata tu?

Perkahwinan hanya sekali sahaja sedangkan kehidupan selepas perkahwinan itu sehingga akhir hayat.

Cuba fikir mana lagi penting?

p/s : bile adat dn agama mjadi pertaruhan..penah dgr pepatah melayu " Biar mati anak asal jangan mati adat " . In certain things..that words could be used..but when it comes to deal with Agama Islam..there's no tolerance. sebab AGAMA dan ADAT is two DIFFERENT things yg kite semua kena ambil berat ..jangan pandang enteng with it. Bukan nk lupa diri ..certain adat still can be practices as long as it tak langgar hukum Allah. Anda lebih takut di umpat masyarakat sekeliling atau di benci Allah?

#tepuk dada | tanya hati | check iman#

posted from Bloggeroid

Photography

Assalamualaikum. .
Hye all..dah lame tak meng-update my own blog..
Sampai tbongkok bongkok diri ni nak menyapu blog yang dh di penuhi debu..
Bhahaha..yek yek je.. *wink2*

So, sejak dh melepak kat rumah..
Helping out ap yg patut.. ( iyeke??! )
Sambil2 tu..tercambah satu minat yang x sangka ad pulok tertanam selama ni..
Ceh..bunyi macam bangga diri..
Bhahaah..no lah..just sharing. .

Snap * snap * snap *

Ha kau..!!
24/7 bergaaaammmbaaarrr je keje nye..
Hehe..gamba pokok amek..langit amek..bunga amek..naseb baek tiang gol tak turut jadi one of my 'creativity'..hehe. .

My mum??
Tok sah di bilang..bebel tetap bebel..
But I knew how to cool jer down..
Ini anak ibu wokeyh..!!

Amek gamba ibu..
Edit sikit.. (okeyh tipu!!)
Edit touch up background and bla bla bla.. ( ckp ala2 professional )

Siap! Send it to my mum..
Tersenyum semula lah permaisuri hati ayah tu..
Hehe..easy ey?

posted from Bloggeroid

#CERPEN : Kemaafan Untuk Abah



Langkah kaki di atur kembali ke tempat duduknya. Seboleh mungkin dia cuba berlagak tenang,mempamer riak kosong di hiasi secarik senyuman meskipun hatinya sudah tidak duduk diam. Pandangan tajam guru muda itu langdung tidak menerbitkan rasa gerun mahupun sedih di lubuk hatinya. Dia sudah lali di lempar pandangan sebegitu. Usai duduk,badannya di sandar tegak ke kerusi. Mata pula di hala ke hadapan.
“ Saya nak jumpa kamu lepas ni..” ringkas pesanan  dari guru muda itu namun tetap bernada tegas. Dia sekadar mengangguk,masih lagi tersenyum. Pen Pilot di tangannya di putar bebrapa kali, membuat ‘ helly ‘.
Setelah menyampaikan beberapa pesanan,guru muda itu berlalu meninggalkan kelas setelah deringan loceng rehat berbunyi. Para pelajar berpusu-pusu keluar meninggalkan kelas dengan wajah ceria. Namun begitu,dia masih lagi terpaku di mejanya. Tangan kiri masih terlekat di helaian kertas yang baru di terima sebentar tadi. Perlahan-lahan tangannya di alihkan.
Anak mata tertancap pada contengan pen merah di sudut kertas. Tanpa sedar, nafas di hela berat. ‘Lagi sekali,Ain? You’re so gonna be dead..’ getus hati kecilku.
Tepukan di bahu menyentak lamunan. Kening sebelah di angkat. Apa? Wawa tersengih lebar. “ Laparlah. Jom ke kantin.” Pujuknya. Hujung lengan baju di tarik,memaksa aku untuk bangun menghadapnya. Aku geleng perlahan. “ Cikgu Farhan nak jumpa aku.” Balasku acuh tidak acuh. Kertas peperiksaan di simpan di bawah meja. Wawa bercekak pinggang. “Ala,takkan aku rehat seorang?” wajahnya berkerut tidak puas hati.
Aku angkat bahu. Tanpa menunggu komen daripada Wawa, aku berlalu ke pintu kelas. Suis kipas di matikan. Wawa menyaingi langkah aku menuruni anak tangga namun berpisah di tingkat 2. Aku berlalu ke bilik guru manakala Wawa menuju ke arah kantin.
*************************************************************
Pulang sahaja dari sekolah, aku memerap di bilik. Usai menunaikan solat, tubuh aku hempas ke katil yang di alas cadar biru berbunga kecil. Rambut yang panjang melepasi paras bahu aku kirai dengan jari. Dengan tidak semena anak mataku menangkap 3 garisan merah di telapak tangan kiri. Di sentuhnya dengan hujung jari. Peritnya sudah berkurangan namun kesan merah masih tidak surut. Kata-kata Cikgu Farhan masih terngiang-ngiang di cuping telinganya.
“Ini peringatan  dari saya,Ain. Saya nak tengok markah awak dalam subjek saya meningkat. Jangan nak tunjuk besar kepala awak dengan saya. Kurangkan aktiviti kokurikulum awak atau saya tarik balik jawatan Pengerusi awak tu.”
Mengingati amaran dari guru muda itu, tanpa sedar aku tersenyum hambar. Dia tidak hairan dengan mata guru-guru lain yang memandang dengan pandangan jelek. Biarkan. Mereka punya mata untuk melihat. Usai menerima ‘hadiah’ yang tidak di jangka itu,aku berlalu ke kelas kembali tanpa sepatah kata. Kepada Wawa, aku hanya memaklumkan tentang peringatan dari Cikgu Farhan sahaja. Yang selebihnya,biarlah rahsia..
**************************************************************
Tepat jam 9.00 malam, kedengaran deruman enjin Grand livina memasuki perkarangan rumah. Ketika itu,aku sedang memanaskan lauk-pauk di dapur. Usai mengemas dapur, aku membawa diri ke bilik tidur. Tugasan sekolah sudah selesai lantas aku isi masa yang ada dengan mendengar lagu-lagu di Mp3. Ketukan di pintu menyentak lamunanku.
Wajah Mama terjengul dari sebalik pintu. Kami saling bertukar senyuman. Mama melabuhkan punggungnya di birai katil. Aku melabuhkan kepala di atas peha Mama. Terasa elusan jemari Mama di rambutku. Sekali lagi aku tersenyum senang di perlakukan sebegitu. Terasa kasih sayang Mama mengalir di setiap elusannya.
“Macam mana keadaan di sekolah hari ini?” soal Mama penuh minat. Wajah kepenatannya cuba di sembunyikan melalui senyuman yang menenangkan sesiapa yang melihatnya.
“Baik. Mama pula?” soalku pula.
Mama terdiam. Sesaat. Dua saat. Masih tiada balasan. Kepala ku angkat sedikit untuk memandang wajah Mama. Tunak matanya memandangku sayu dan mataku masih belum rabun untuk menangkap bayang genangan air jernih di pelupuk mata Mama. Tiba-tiba, Mama tunduk merapatkan bibirnya ke dahiku.
“Mama bertembung dengan Cikgu Jannah tadi..” belumpun sempat mama menyudahkan ayatnya,aku sudah bingkas bangun. Badanku tegak membelakangkan Mama. Kedengaran Mama mengeluh perlahan.
“Yang lepas tu biarlah lepas,Ain.” Pujuk Mama seraya mengusap bahuku. Ditariknya aku rapat ke dalam pelukan. Aku masih beku. Tiada niat untuk mengulas apatahlagi mencelah.
***********************************************************
Suara pertengkaran yang jelas kedengaran membuatkan jantungnya berdegup laju. Pantas tubuh halus itu menyorok di sebalik pintu. Kedua-dua telapak tangan di bawa ke mulut menahan esakan dari di dengari oleh dua batang tubuh yang sedang bertingkah di ruang tamu rumah. Air mata mengalir laju menuruni lekuk pipinya.
“Ain!” teriakan kuat di iringi tolakan kuat di muka pintu menyentak tubuh si kecil.  Dia masih menundukkan kepala. Enggan memandang wajah bengis di hadapan. Serentak itu,tangan Abah singgah ke pipinya. Dirinya yang tidak bersedia dengan tindakan Abah itu, tersungkur menyembah bumi. Kepalanya turut terhantuk pada bucu katil.
“Hei,awak dah hilang akal? Ini anak kita tahu. Bukan anak patung.” suara mama kedengaran memarahi Abah. Mama meraih si kecil ke dalam pelukannya. Alangkah terkejut dirinya melihat cecair merah pekat yang menuruni dahi si kecil. Mencerlung mata Mama memandang Abah yang langsung tidak beriak sedih hatta meminta maaf di atas perbuatannya.
“Tengok apa dah jadi pada dahi Ain. Awak memang tiada hati perut.” marah Mama lagi. Abah tersenyum mengejek. “Itu anak kau. Bukan anak aku.” Balas Abah tanpa riak bersalah. Langkahnya di atur meninggalkan bilik si kecil. Tidak lama kemudian kedengaran bunyi enjin Toyota vios meninggalkan perkarangan rumah.
“Sabar,sayang.” Ucap Mama sambil mengeratkan pelukan. Si kecil masih teresak-esak.
********************************************************
Dentuman guruh mengejutnya dari lena. Mata yang pedih di tenyeh dengan hujung jari. Posisi tubuhnya di ubah kepada bersandar di kepala katil sambil memeluk lutut. Jam di sisi katil di kerling sekilah. Baru 2.00 pagi. Tubuhnya di paksa bangkit menuju ke meja solek. Refleksi diri yang terbias di cermin menjadi santapan mata. Anak matanya tertancap pada tanda di sisi kiri dahinya. Tangannya di angkat menyentuh tanda itu. Tanda yang membuat wajahnya kelihatan sedikit ‘cacat’.
Sudah seminggu berlalu. Bermakna seminggu juga dirinya mengelak dari bertembung dengan Mama. Meskipun mereka tinggal serumah namun pekerjaan Mama sebagai doktor di sebuah klinik swasta membataskan had waktu untuk mereka bertemu dan meluangkan masa bersama-sama.
Bukan niatnya ingin berkasar dengan Mama. Namun dia masih belum bersedia. Kata-kata Mama tempoh hari kembali terngiang-ngiang di telinganya.
“Abah dah tak ada,Ain. Abah dah meninggal setahun lepas. Sudah bertahun Cikgu Jannah cuba menjejaki kita dengan harapan dapat pertemukan Ain dengan Abah tetapi dia terlewat. Kebetulan semalam dia singgah di klinik Mama untuk dapatkan rawatan. Dia minta maaf dan dia minta izin untuk jumpa Ain. Boleh,sayang?”pujuk Mama lagi. Aku terdiam. Otak seakan tidak dapat menerima input yang di berikan. Terkedu. Abah sudah tiada?
“Bila?”balasku setelah beberapa ketika mendiamkan diri. Mama kelihatan tersenyum senang dengan pertanyaanku. Mungkin kerana aku sudah mulai memberi respon.
“Mama tidak ingin memaksa. Terpulang pada Ain untuk tentukan masa. Apabila Ain sudah bersedia,Ain bagitahu Mama. Kita jemput Cikgu Jannah makan malam di rumah,ye sayang?” mama meminta persetujuanku. Tiada apa yang boleh aku perkatakan selain  mengangguk menyetujuinya.
Seminggu sudah berlalu. Petang tadi sudah aku nyatakan persetujuan untuk bertemu dengan insan yang pernah menjadi mimpi ngeri dalam zaman kanak-kanakku. Insan yang menyebabkan aku membesar tanpa kasih sayang seorang Abah. Esok merupakan hari penting. Pertemuan empat mata dengan insan itu.
“Ya Allah,kau permudahkanlah urusan-ku. Andai ini yang terbaik untukku,kau lembutkan hati aku.” Itulah doaku usai solat tahajjud yang aku dirikan malam ini. Semoga hari esok membawa sinar bahagia buat mama dan diriku.
**********************************************************
Pertemuan yang di harap berjalan lancar berlangsung dalam suasana hiba. Bagai tidak terluah hatta sepatah kata pun dari ulas bibirku saat di tarik ke dalam pelukan Cikgu Jannah. Air mata yang mengalir sudah cukup menjadi bukti bahawa wanita itu sudah insaf kerana pernah memisahkan kasih seorang anak dengan ayahnya juga kasih seorang isteri dengan suaminya. Tidak henti-henti dia memohon maaf di atas perbuatannya dahulu.
“Pandai Ain masak. Kena dengan selera Ibu. Dah boleh kahwin ni.”puji Cikgu Jannah merangkap ibu tiriku. Aku sekadar tersenyum kecil. Mama tersenyum bangga.
“Kalau keputusan SPM teruk,saya kahwinkan aje dia,kak..”balasan Mama mengundang tawa kecil Ibu. Aku yang sedang mengunyah makanan, tersedak. Kelam-kabut Mama mencapai minuman untukku.
“Kamu tak apa-apa,Ain?” soal Kak Fauziah,kakak tiriku. Aku tersenyum nipis, sekadar menutup kegugupan di hati. Makan malam bersambung seperti biasa namun seleraku sudah terbantut sejak pertama kali menyambut tetamu yang hadir itu.
Usai makan malam,ruang tamu menjadi pilihan untuk berbual-bual. Ibu dan Mama kelihatan tidak kekok berbual sesama sendiri malahan seperti sudah lama berkenalan rapat. Mungkin Mama sudah benar-benar memaafkan Ibu seperti yang di beritahu suatu masa dahulu. Sungguh,aku tidak pernah membayangkan dapat berada dalam suasana aman seperti ini suatu masa dahulu. Mungkin ada hikmahnya pertemuan kali ini.
              “Ibu tidak memaksa Ain. Ibu cuma ingin menyampaikan hasrat Abah sebelum dia pulang ke rahmatullah. Kalau Ain rasa permintaan Abah ini berat untuk di tunaikan, Ibu faham. Ibu yakin Abah pun faham. Abah buat permintaan ini kerana dia ingin lihat Ain bahagia dan dia bimbang seandainya perbuatan dia dahulu membuatkan Ain membenci seluruh kaum Adam. Ibu harap Ain pertimbangkan permintaan Abah yang terakhir ini.” Kata-kata Ibu membuatkan aku tergamam. Sama sekali tidak menyangka pertemuan ini bakal turut mempengaruhi arah kehidupannya. Kotak berbaldu merah hati itu aku pandang lama.
Pandangan aku kalih ke sisi. Mama menggenggam tanganku,erat. “Mama pun tidak memaksa. Ini wasiat Abah. Terpulanglah Ain mahu terima atau tidak. Tapi tidak salahkan kalau Ain terima Farhan, cuba kenali hati budinya dahulu. Mama tidak paksa untuk Ain kahwin sekarang. Kamu berdua pun masih muda.” Ujar Mama lembut. Senyuman di ulas bibirnya menenangkan hatiku yang sedang resah.
Aku kembali tertunduk. Terasa berat pundakku menggalas wasiat Abah. Lama aku terdiam. Wajarkah aku menerima lamaran Ibu?  Apakah terjamin nasibku tidak akan sama seperti Mama seandainya menerima lamaran ini?
“Kalau Abah rasa dia yang terbaik untuk Ain,InsyaAllah Ain terima.” Balasku perlahan namun cukup untuk mengundang senyuman di bibir Mama serta tetamu yang hadir.
              Mungkin ada yang berpendapat aku terlalu gelojoh kerana menerima perjodohan ini tanpa berfikir panjang. Percayalah,tiada seorang pun di dunia ini mahu melihat hubungan dua buah keluarga yang baru terjalin ini menjadi kembali renggang. Aku juga tidak mahu ada hati yang terluka sekiranya aku menolak wasiat Abah. Mungkin penerimaan ini akan membantu aku untuk memaafkan kesilapan lalu Abah dan mendidik hati untuk menerima kehadiran Farhan,anak angkat Abah merangkap guru aku sendiri sebagai imam ku suatu hari nanti. InsyaAllah.

Hati yang terluka tidak boleh di rawat dengan air biasa.
Sebaliknya dengan titisan mutiara keredhaan dan keinsafan hati.
Hanya dengan mengingati Allah,hati kita akan tenang.

P/s : Just another cerpens from me..enjoy..